ようこそ!自己満足の世界へ。。。
!!!!! Please DO NOT copy, download or use in any way without my written consent.
All Rights Reserved. If you want to use my photos in Flickr, you can use "BLOG THIS" function in right way. Respect copyright. Thank you.
<< November 2011 | 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 >>
スポンサーサイト
この広告は60日以上更新がないブログに表示されております。
新しい記事を書くことで広告を消すことができます。
ブログ再開
 Assalamualaikum, Salam Sejahtera こんにちは♪ 안녕하세요



しばらくお休みにしていたブログ、また再開しようかなぁと思っています。
休んだり、再開したり、何回も売り返し、まるでhot hot chicken poo (hangat hangat taik ayam) 日本語では 温々鳥の糞?? 分かるかなぁ?? 要するに何事をやっても三日坊主。まぁ三日も持つって結構すばらしいわよ。鳥の糞なんて5秒で冷めるから。。。Usain Bolt が100mを一所懸命走って、世界記録出した時間より早い!!

hahahaha merapu sunguh makcik. 今回はどれくらい持つかしら??

書きたいことはいっぱいあるけれど、最近タイピングするのも面倒です。(ダメダメですね)
layout もつまらなくなってきたので、なんか違うヤツに変えたいけど、それもめんどくさい。
じゃーーーブログやめりゃぁ!!! ~_~;

でも、昔の記事(日記代わり)を読むのが結構というかかなり好き💓 
あぁぁ。。あの時そうだったね。。。
あいみぷくぷくしてて、可愛かったね💘

お兄ちゃん、眼鏡似合わねーーー💣 とか

ヨッシーがこんなこと言ってたね。。。🌸

なので、オープンすることにした。まぁ。。。
人気がなくても結構!!日本語で書くと多分日本語が読めない人は離れていくかもね。
それは仕方がありません。気分次第で言語を変えていくかも。
英語はちょっぴり苦手なので、書くと恥をかくからやめておこう。:-P

さて。。。写真でも載せたいけれど、最近なかなかいい写真撮ってないんだよね。。。

それじゃーーー  
また会おう!또 만나자 tto mannaja 안녕 annyeong



Thank you
 Assalamualaikum.
 Terimakasih semua atas message dan komen. kami di sini, Alhamdulillah. hidup berjalan seperti biasa walaupun masih ada aftershock. pagi tadi sahaja 3 kali yang dapat dirasai di Yokohama.
barang makanan di supermarket masih ada yang kekurangan terutama susu segar dan sayuran akibat radioaktif.

apap2 pun jangan bimbang. kami semua tidak apa2 sekarang. untuk keluarga dan sahabat andai di Malaysia dan dimana saja anda berada, tak perlu bimbang walaupun kami dalam keadaan berjaga2.

yummeh


one bite anyone?? ;-)
Earthquake and Tsunami
 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Seperti yang anda semua telah maklum, negara Jepun telah mengalami gempa bumi yang kuat dan berikutannya tsunami telah memusnahkan pantai perairan di sekitar kawasan Tohoku, utara Jepun. gegaran yang kuat dapat dirasai oleh kami yang berada di Yokohama sejauh 500 km sebanyak 5+ skala. semasa gegaran, saya berada di sekolah Ainin kerana ada perjumpaan ibubapa akhir tahun persekolahan. semua lari keluar menuju ke padang sekolah. selepas bersurai, terus lari balik rumah tengok Aimee yang ditinggalkan dengan nenek dan datuk dia. dapat tahu mereka selamat, terus berlari ke sekolah Aiman pulak. on the way, datang lagi aftershock, gerun tengok rumah bergoyang2 dan wayar letrik berdengung2 sakan semasa tiang letrik bertarik2 antara satu sama lain. tanah juga berombak2 dirasa. terpaksa kuatkan semangat bergerak ke sekolah risau memikirkan anak2 di sekolah lagi ketakutan. bila dah sampai, semua murid2 sekolah sudah berkumpul di padang. beberapa orang penjaga/ibubapa sudah sampai. terus daftar nama dan ambik anak bawa balik. sampai rumah terus terduduk sebab kaki dah terketar2. semua berkumpul di rumah PIL.

Alhamdulillah kami selamat di rumah sendiri. tiada sebarang kerosakkan yang berlaku di rumah buat masa ini. setiap hari tv hanya menayangkan berkenaan dengan earthquake dan tsunami dan juga nuklear reactor yang meletup semalam dan hari ini.

pasaraya sudah kekurangan bekalan makanan. menurut berita dan status di facebook rakan2, bekalan petrol juga habis, kalau ada pun terpaksa dicatu. selain itu, bermula hari ini, kerajaan Jepun mengumumkan pemutusan bekalan eletrik berperingkat mengikut kawasan. buat masa ini, kawasan rumah kami masih ada bekalan.

sangat2 bersyukur kerana my PIL ada di rumah sebelah, kuat sikit semangat kerana mereka sudah ada pengalaman semasa earthquake di Niigata 6 tahun yang lalu. selepas sahaja gegaran pertama, my FIL terus keluar ke kedai roti, dibelinya sebanyak yang mungkin, takut kekurangan makanan nanti. seperti yang dijangka, pada petangnya, convenience store semua terpaksa ditutup kerana bekalan letrik terputus. buat sementara, FIL tarik letrik dari enjin kereta Estima. masak nasi pun dalam kereta. kami bernasib baik kerana bekalan gas dan air seperti biasa. eletrik pula pulih kembali selepas pukul 10 malam.

selepas 6 jam baru dapat contact Mr Samurai. dia terkandas di office di Akihabara sebab keretapi tak bergerak. itupun melalui sms. cellphone dan home phone tak berfungsi langsung. sms, twitter dan facebook menghubungkan kami. nak dengar suara pun tak boleh. lewat malam baru dapat ber skype dengan keluarga di Malaysia.

apa2 pun kami selamat (buat masa ini).
alhamdulillah, Mr. Samurai kerja dari rumah hari ni. Aimee's kinder cuti sampai ke tarikh yang diberitahu kelak. Ainin & Aiman pun dah balik dari sekolah. esok sekolah hanya waktu pagi.

banyak mayat telah dijumpai. tak sampai hati tengok tv. melihat semua video2, sangat2 menggerunkan dan menginsafkan. Ya Allah, selamatkan lah hamba2 Mu.

gambare nippon!! tachi agarou!!!
pejam celik dah pertengahan bulan 12
 kat luar sana semua orang sibuk dengan Christmas. kalau pergi drive malam2, merata2 boleh tengok kazari (perhiasan) lampu2 menyambut perayaan itu walaupun bukan penganut Christian. rumah kami?? macam biasa, gelap gelita kat luar, kecuali bila kucing liar lalu ker ataupun papa balik lewat malam, akan bernyala lah lampu automatik pengesan dorobo(pencuri).

cuaca pun sudah semakin sejuk. dalam seminggu ni makcik dah 2 kali demam. agaknya sebab last month kerja keras kot... 3 minggu. lebih kurang 2 minggu berulang alik ke Shinjuku, kat tengah2 tu ikut rombongan pelajar Malaysia ke Awajishima, Hyogo Prefecture. penat weiiii sebab dah more than 12 tahun tak kerja pejabat. keluar rumah seawal 7:30 pagi dan sampai rumah almost 8 malam. tu pun klu tak kena kerja masa lebih... sepanjang masa tu, budak2 PIL tolong tengokkan. termasuklah pergi hantar dan jemput Aimee ke kinder. obentou pun MIL yang sediakan untuk diorang. makan malam kami sekeluarga pun MIL yg siapkan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. walaupun masa mula2 kinchou macam nak gila... tapi macam biasa la kan... makcik ni jenis positive thinker. tapi bukan semua benda buat senang yer.... kerja yang susah kita jadikan senang. tak percaya?? boleh tanya adik2(ker better sebut anak2 :D) sebanyak 20 orang tuh...

seperti yang partner saya kata, kita akan merasa ahli kumpulan sendiri sangat comel. itu saya akui. amat2. semua comel2 dan baik2. bertuah saya dapat kenali mereka dan saya juga berharap mereka juga berasa bertuah mengenali saya. hihihi. next time kalau nak datang Jepun, jangan lupa bagi tau. boleh saya bawa jalan2 kat Tokyo dan Yokohama. tapi kalau sekali serentak datang 20 orang tu.... saya surrender awal2 la... susah weiii. kereta FIT saya cuma muat 4 orang. hahahaha. nak tidur pun kalau musim panas ok lagi, boleh pasang khemah kat luar. klu winter, for sure besok pagi ada yg jadi ice mummies :-P

lagi seminggu budak2 sekolah untuk tahun nih... then cuti oshougatsu (winter break) selama 2 minggu. memang tak plan nak gi mana2. ingat nak balik Malaysia, tapi terpaksa dibatalkan disebabkan tak dapat tiket murah... time cuti2 ni harga naik melambung2. kalau kali 5 orang, boleh jadi miskin serta merta. banyak lagi chance nak balik kan... okane ga MOTTAINAI. :D

DSC_0181

DSC_0132

Musim yg berubah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
nak tulis banyak cerita, tapi tak tahu nak mula dari mana.... hhmmm...

ok kita start dengan perubahan cuaca kat Yokohama :D minggu lepas cuaca berubah dengan drastiknya.. dari panas 33 degree turun merudum ke sejuk 18 degree. badan makcik yg sihat wal'afiat ni pun boleh jadi sengal2. pagi2 terutamanya... nak bangun sikit punya susah.... sebab kat dalam futon lagi best ooo. warm gitu, kiri kanan ada "ningen-tampou" aka warm anchor. peluk jer mana yg best... hihihi terutama yg kecik comei lote tu ler... mugyuuuu. yg besar tu, best gak... tapi tak boleh lama2. nanti masuk gear 2,3... lagi lambat nak bangun memasak sarapan dan bekal anak2 :-P

start hari ni(semalam) 1hb. Oktober, Aimee dah tukar uniform. dari summer ke winter. mama suka tengok Aimee pakai blazer, nampak macam dah besar anak dara mama :D tapi agak susah nak suruh Aimee pakai sebab kena iron tiap2 pagi. klu tidak, sejuk katanya... bertambahlah kerja mama pagi2. si Ainin ngan papa dah pandai iron sendiri baju diorang yeayy (^o^)y


oh... oleh kerana dah bertambah sejuk sekarang, mood kelaparan sudah semakin menjadi2. semalam buat laksa kedah... jangan terkejut bila makcik kata makcik buat sendiri mee laksanya.. hohohoho.. try 2 resipi, satu guna tepung beras dan tepung ubi sahaja dan satu lagi tepung beras + tepung gandum + sedikit tepung ubi.... resipi pertama, rasa lebih kurang laksa kukus... tapi mee nya agak lembut. yg kedua pula agak keras pulak meenya... oleh itu esok makcik nak try godek resipi no 2 tu dan reka sendiri, banyakkan nisbah tepung beras dan kurangkan tepung gandum. harap2 menjadi...
apa2 pun memang sedap la laksa buatan sendiri... chewahhh sapa lagi nak puji, klu bukan diri sendiri. papa yg dah lama tak makan laksa pun puji. kembang sat :D Aimee pun makan sampai 2 mangkuk.. tu kira sedap la tu klu minta tambah :D boys, of course cabut lari awal2 dan minta menu lain for their meal. huh...


siang tadi pula hari sukan sekolah Ainin yg da 2 kali kena postpone. Alhamdulillah, walaupun pagi agak mendung, lepas lunch time langit cerah dan tak sejuk. hari Ahad ni pula hari sukan kindergarten Aimee. doa2kan tak hujan... dah tak mahu postpone... nak kena buat bentou 2,3 kali... letih ooooo...