berdiam diri kerana MALAS nak update blog. hahahaha
banyak cerita sebenarnya, tapi kerana malas nak menaip (asyik dok kelik kelik jer kat ladang2 FV) lagipun cerita pasal budak2, kawan2 dan aktiviti harian, banyak sangat privacy, takkan nak cerita kat satu dunia kan... cerita2 kat blog ni agak sensitif. walaupun kita takder niat apa2, kalau orang dah tak suka, jadi cerita lain... yg kita tak tulis pun dikatanya kita tulis... kadang2 malas nak explain panjang2, taip ala kadar pun, bayangan yang orang dapat lain dari yang nak kita ceritakan... kita ikhlas, orang kata nak menunjuk. kita nak share, dikatanya kita nak berbangga.... dari kita terluka sendiri, baik jangan cerita kan???
walaubagaimana pun saya gembira kerana masih ada yang sudi bertanya kenapa tak update. mungkin orang akan anggap saya ni pelik (memang saya pelik pun :-P ) semakin ditanya semakin rasa tak nak buat. dari dulu lagi, kalau mak bapak dan abang2 saya suruh saya baca buku, belajar, semakin saya tak nak buat. dok bertagak2 nak basuh baju sendiri, bila disuruh terus hilang semangat nak buat....
ish... banyak membebel la pulak.
gambar dibawah - hot chocolate with homemade marshmallow.
dah 2 minggu si Aimee mita nak makan marshmallow, sebab hari tu pergi ke Costco dengan ibu2 classmate Aimee. one of them beli marshmallow dalam pack yang besar... teringin rupanya anakku. dok minta nak beli, of course tak boleh makan kan... so mama janji la nak buat. dok geledah gobok cari gelatin yang Yani bagi dulu, pasai rasanya ada lagi lebih... tak jumpa2... boleh imagine kan gobok saya tu macam mana, cari benda pun susah nak jumpa... then rajin sikit hari minggu lepas, kemas2 gonok, terjumpa la 2 bungkus. Alhamdulillah, ada jugak rezeki nak buat. so teruskan la projek hari Ahad. saja jer buat bentuk "love" tu sebab hari Ahad tu hari Valentine. saya memang tak pernah celebrate Valentine Day. bukan sebab kedekut ataupun apa2. cuma saya rasa sia-sia. nak tunjuk kasih sayang? hari2 dah tunjuk, buat apa nak set 1 hari jer?? setahun 365 hari, 7 hari seminggu, 24 jam dalam sehari..... tak cukup ka?? (itu pendapat saya. kalau pendapat anda lain, jangan pedulikan saya, okay)
anyway, sedap tau marshmallow nih. buatnya senang saja, tapi kena buat cepat2 terutama masa nak piping keluar. boleh juga letak terus dalam bekas dan sejukkan, lepas tu baru guna cutter, potong bentuk yang kita suka. tapi saya ni pi gatai nak piping. mula2 cantik la sebab buat pelan2. lama2 semakin sejuk, dah susah nak piping, dah jadi berketul2. yg dalam gambar ni kira yang cantik la...
nak kena order lagi la gelatin dari Malaysia. rasa nak buat rare cheesecake la pulak...
note: jangan tanya resipi marshmallow nih. saya ikut resipi dari website jepun. saya malas nak translate. klu anda boleh baca nihongo, saya boleh bagi link :D