スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
minta maaf banyak2 sebab entry lewat. sibuk maaaaa...

tiba2 terasa nak balik Malaysia, so tahun ni saya dan anak dara sempat balik dan sambut Aidil Fitri bersama keluarga di Kedah. anak2 bujang dan encik suami beraya di Shenzen. terserempak dengan demo di Shenzen, nasib baik tak terlibat. dah la depa demo selepas nelayan jepun yang kena tangkap di sempadan perairan China/Jepun.

anyway, saya sampai di Penang Airport pada tengahmalam/awal pagi 17hb. Ogos, dan berada di kampung selamat 4 hari. raya kedua iaitu 20hb sudah terbang balik ke Hong Kong. terlalu pendek. ya saya tahu.... anak dara ajak extend. tapi apa nak buat... pada 21hb tu kena ke sekolah si abang dan 22 hb si abang yg no 2 sudah mula sekolah. tapi Alhamdulillah. selepas tidak dapat menyambut Aidil Fitri bersama Ayah untuk 13 tahun.... iaitu selepas melahirkan Aiman di Malaysia, dapat jugak bersalaman dan mencium tangan ayah dan menziarahi pusara mak di pagi Aidil Fitri.
sangat bertuah kerana Aimee pun dapat merasa menunai solat sunat raya di masjid di kampung buat pertama kalinya.

dan hari ini genab 2 bulan berada di Hong Kong.
mulai minggu depan hari Isnin, Aimee dan Ainin akan mula bersekolah. Ainin ke International School dan Aimee ke sekolah kerajaan Hong Kong dimana bahasa perantaraannya adalah English dan Cantonese. Aiman pula sudah bersekolah di sekolah Jepun Hong Kong. sejak minggu lepas Aiman sudah mula bawa lunch ke sekolah dan mulai pertengahan minggu depan, ketiga2 akan membawa bekal. mula la sibuk dipagi hari membuat persiapan untuk ketiga2nya. kena minta naik "gaji" rasanya... kekeke


Pemandangan Petang 1 Syawal di Yan, Kedah.
Malacca Straits Sunset
| event | 04:46 | comments(11) | - | - |

Salam Aidil Fitri dari kami di perantauan

JUGEMテーマ:写真

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua pengunjung blog ini. minta maaf zahir dan batin kerana tuan punya blog semakin lama semakin malas untuk meng-update-kan blog dia :-P

pagi tadi sempat ke majlis jamuan hari raya di Malaysia Embassy in Tokyo. kami sampai dah lewat. waktu sembahyang raya pun dah lepas, makanan pun dah tinggal sikit. padan muka, datang lambat2.... bukan apa, terpaksa tunggu anak2 ke sekolah dulu sebab yg sulung ada praktis untuk hari sukan dan yg no 2 tu pulak tak mahu ikut, nak kesekolah jugak. si kecil memang dari semalam dah bagitau sensei kata nak ponteng. Alhamdulillah, Mr. Samurai ambik cuti ganti untuk Ahad lepas dia ke office.

dapat juga bertemu dengan adik2 dan kakak2 semua, yg dah lama tak jumpa, yg pertama kali jumpa. happening sungguh. cuma terasa miss someone.... siapa lagi kalau bukan Puan Aini Zakri. rata2 semua kata macam tu... macam tak lengkap la pulak. selalu, lepas majlis kat embassy, kami semua serbu rumah Kak Aini. kali ni ramai tanya nak kemana... rasa segan pulak nak serbu2 rumah embassy sebab tak berapa nak kenal, so lepas majlis kami terus balik rumah... si Aimee ngan Mr Samurai terbongkang kepenatan.

pagi tadi kerana terkelam kabut, tak sempat nak call family kat Malaysia. dah balik baru call. Alhamdulillah dapat dengar suara ayah, abang dan kakak. jeles dengar diorang tengah siang udang besar nak buat sambal makan dengan ketupat palas. meleleh air liur... meleleh pulak air mata bila dengar abang nyanyi lagu raya, ♪semua ada, engkau sorang tak ada.... sampai hati hang nooooo... huwaaaaaa
 

| event | 16:28 | comments(4) | - | - |

Happy Birthday My Samurai :D

hari ni cukup umur MR Samurai 41 tahun. Alhamdulillah diatas segalanya. Thank you for being a best husband for me and a great father for our kids. we love you always darling... muahhhh. (sapa2 nak termuntah tu cepat2 pi toilet yer.... sat gi jenuh nak lap keyboard. kekekeke)

buat kek cekelat resipi Kak Nor Terengganu. best!!! My mak mertua pun puji kata sedap. kembang setaman sekejap. nasib baik tak meletup. :-P


My Samurai's birthday cake :D

start esok akan bercuti balik kampung. bukan kampung Malaysia yer... kampung Jepun :D sambut puasa kat sana... minggu depan baru balik Yokohama. for sure makcik akan rindu nak bertenet.

oleh itu saya ucapkan Selamat Berpuasa dan beribadah kepada semua. minta maaf jika ada tersalah dan silap.
| event | 23:17 | comments(0) | - | - |

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

 sedar2 dah di penghujung Ramadhan. blog ni pun tak berupdate. terimakasih kepada yang bagi komen yer. maafkan saya. Alhamdulillah saya dan keluarga ok dan sihat. cuma sibuk dengan aktiviti harian, dan juga keMALASan yang membuatkan blog ni terbiar tak bertuan.

sempena menyambut hari lebaran beberapa hari lagi, saya dan ahli keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah silap, tersasul lidah, tertaip benda2 yang tak menyenangkan mata dan hati rakan2 semua. saya doakan anda semua sentiasa dirahmati Allah Yang Maha Esa. 

berhati2 di jalanraya, semoga tiada tangisan orang2 yang kita sayangi. kalau yang pakai gigi palsu tu, masa nak makan dodol, hati2 yer... nanti takut tercekik gigi. beringat lah, kalau ada kes orang tercekik dodol, ketupat ataupun daging rendang tu, cepat2 lah cari vacuum cleaner. jolok paip ke mulut mangsa dan sedut benda tu keluar secepat mungkin. semoga tindakan pantas anda dapat menyelamat kan nyawa, dan anda dapat jadi "HERO" di pagi raya ;-)

anyway, enjoy Syawal dan bersyukurlah dengan rezeki yang Allah SWT berikan dan juga bersyukur juga anda dapat beraya bersama sanak saudara. huwaaaaaaaaaaaaa.

Salam Aidil Fitri
| event | 19:38 | comments(3) | - | - |

Meccya Holiday

 Salam semua. maaf yer.... tuan rumah sibuk mengemas dan mem packing barang untuk pergi berholiday. yeahaaaaaa
So, HAVE A NICE SUMMER HOLIDAY!!!

minta ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki yer....
semoga ada jodoh, kita bertemu lagi disini.

Malaysia Tanahair ku, here I come :D
| event | 08:41 | comments(6) | - | - |

03
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM