スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

hatsuka daikon

UGEMテーマ:写真
penat tak hilang lagi... semalam pergi ber BBQ kat tepi sungai Tamagawa. seronok sangat... makanan pun sedap2. ada satay, ada nasi lemak, dan macam2 lagi... kenyang tak hingat. kat tepi sungai tu angin punya la kuat... habis paper plates, paper cups segala mak nenek diterbangkan angin.. dapat jumpa beberapa kenalan baru... sangat2 happy :D

anyway... back to the topic, 2 minggu lepas Aimee cambahkan benih hatsuka daikon (20 days radish) kat tepi laman IL (kat laman rumah sendiri penuh rumput :-P). beria2 dia sebab kat kinder pun tahun ni turn nencyuu san tanam benih tu... masa gi shopping, terjumpa benih, terus dibubuhnya kedalam bakul mama. cuma perasan masa nak bayar jer... ^^;
takper la... janji anak mama happy kan??

oleh kerana bermula esok kami akan balik kampung Nagaoka selama 5 hari, hari ni pergi intai2 kot2 ada yang dah boleh dimakan. takut pulak, time kami takder, ulat2 akan bermaharaja lela, melantak semua, kesian pulak kat anak dara tu... sure frust menonggeng kan... dapat la secekak.

cantik tak radish tu... macam2 kaler ada :D colorful radish


omake= anak dara yg tolong jadi model radish. hihihi. semoga dapat menghilangkan rasa rindu kepada yang merinduinya ;-) tengok gambar ni rasa macam dah besar sangat anak dara mama nih... dah nak masuk 5 tahun.... happy
| garden | 02:45 | comments(3) | - | - |

little visitors

JUGEMテーマ:写真


setiap pagi akan kedengaran bunyi riuh burung2 berterbangan. mencari rezeki untuk diri sendiri ataupun mungkin untuk anak2 kat sangkar yang entah kat mana. seketika ada beberapa ekor dari beberapa jenis burung singgah hinggap kat pokok2 di laman rumah. seronok tengok sementara menunggu boys bersarapan untuk ke sekolah.

ini burung mejiro.
breakfast

amat comel. kecil ala2 burung murai kot. limau tu diletak sebagai umpan untuk photo session :D kalau tidak, mana nak dok hinggap lama2 kalau nampak kelibat orang.

ini pulak burung apatah, tak tahu nama. nak kata burung gagak, bukan kot. sebab burung gagak kat sini hitam legam dan mempunyai muncung yang menakutkan.
お裾分けをもらいに
| garden | 01:31 | comments(8) | - | - |

sunny day

JUGEMテーマ:写真


at last hari ni cerah terang benderang selepas mendung dan hujan selama 5 hari. menurut berita dati tv pagi tadi, dalam masa 5 hari hanya 15 minit sahaja matahari keluar di area Kanto. daroi pagi lagi makcik bertungkus lumus membasuh dan menyidai kain. fuhhhh. tapi nampaknyer cuaca cerah hanya boleh bertahan sampai Sabtu tengahari saja. nak gi jalan2 pun tak sempat. dah la weekend ni hubby kena gi biz-trip. aisey... cita-cita nak tengok koyo kena postpone lagik.
entry yang lepas dah letak gambar ni tapi tak puas hati sebab gelap dek kerana cuaca mendung. ni nak letak lagik gambar bunga yang sama. makcik sangat bahagia dengan camera baru tu... cuma skill saja tak berapa nak maju. hihi.
shining dahlia

pinky
| garden | 22:06 | comments(6) | - | - |

bunga2

JUGEMテーマ:写真

Dahlia Imperialis / 皇帝ダリア
Dahlia Imperialis - flower
selalunya pokok bunga dahlia rendah sahaja.
tapi jenis ini pokok dia amat tinggi. melebihi 3 meter tingginya.
cara menanam pun lain. normal dahlia ditanam menggunakan ubi, yang ini hanya perlukan batang yang telah dikerat seperti batang tebu dan dicucuk pada tanah.
Dahlia Imperialis - tree

Japanized Kesum
pokok kesum pun dah pandai menyesuaikan diri.
lihat lah. pokok kesum ku dah start ber koyo. ahaks
Japanized Kesum

Kesum flower

| garden | 09:19 | comments(2) | - | - |

Bunga Kesum

JUGEMテーマ:写真


Bunga Kesum
bunga yang sangat comel, dengan kaler merah jambu ini sedang kembang kat laman. bila masuk musim luruh, berbunga la kesum tu. seolah2 mengingatkan aku supaya potong dan frozen daun2 nya untuk bekalan musim sejuk nanti. ada 3 pasu dan satu perdu lagi yang ditanam terus kat atas tanah. nak tengok tahan ker tidak yang kat atas tanah tu.
pasu2 akan di biarkan kat luar jugak. sebagai benih, beberapa batang ranting akan dicucuk kedalam botol supaya tumbuh akar. tahun2 sebelum ini, yang dalam botol lah akan menjadi benih untuk tahun2 seterusnya.
so, belum ranting2 dipotong, sesiapa nak benih, bagi tau yer.. (An, bila nak datang ambil? )
| garden | 03:05 | comments(5) | - | - |

08
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM