スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

Nagaoka Trip

gambar jer dulu. ladang anggur

jenis2 anggur

aimee bagi rabbit makan carrot


mandi laut. mula2 takut

dah berani


続きを読む >>
| travel | 01:36 | comments(7) | - | - |

tadaima♪

yappari waga ya ga ichiban.

penat tak habis lagik, tapi sebab rindu sangat nak bertenet, mengadap jugak. kat malaysia hanya sempat jengok mail 2 kali. duduk hotel konon berkelas 4 star, internet tak der la, services, lagi hampeh.

tapi best sangat dapat jumpa family semua, siap ada family gathering lagik beberapa kali. abang long ambik cuti seminggu semata-mata untuk kami. dari hari sampai sehingga ke last day kat Kedah. terimakasih daun keladi :)

selain itu dengan kohai yang begitu baik hati pinjamkan kereta sepanjang kami di Malaysia, siap tolong carikan hotel untuk kami lagi.nani kara nani made, arigatou!! m(_._)m berbanyak terimakasih. juga dapat jumpa teman-teman lama. wah natsukashiiii.

travel kali ni dapat jugak menggugat hati hubby untuk beli rumah kat Malaysia. tapi apakan daya. yang "berkaler-kaler" tu tak dak. kalau la suamiku kaya macam Datuk K tu... he..he....

heboh sungguh dengan berbagai cerita di Malaysia sana. sayang sekali sibuk. nak dengar berita on TV pun tak sempat. apatah lagi drama la cerita P Ramli la. Tun Mahathir kena serang pun tak tau.

Alhamdulillah semua anak-anak telah selamat bersunat. lepas ni tak payah nak pening kepala lagi pasal tu. kena pikir yang lain pulak. balik tadi in-law marah jugak kat hubby sebab sunatkan kids, tapi hubby cool jer explain kat diorang. sebbaik diorang cakap masa kita tak der, walaupun terdengar dari jauh. kalau tidak meletus perang teluk pulak kot. keh...keh...

melalut lak. mengantuk dah nih.
| travel | 01:44 | comments(8) | - | - |

Ronda-ronda Tokyo

Sabtu lalu, ingat nak gi NITORI cari clear case untuk simpan pakaian musin panas. Tetiba sang suami kata dia tersilap buat appointment time kat Apple Store di Ginza. Suruh je dia pergi dengan densya, tapi memandangkan bebudak pun sibuk nak ikut dan cuaca pun baik, kami pun berangkat bersama. Kat Ginza, main road ditutup menjadi hokosya-tengoku(khas untuk pejalan kaki). Malas nak turun dari kereta, suruh je sang suami pergi sorang. nak cari parking pun bukan nye senang terutama hari minggu. lagipun bukannya murah.
Habis hal elwal kat Ginza, kami ke Ueno mengikut Tsukiji. Kat situ ada pasar besar. Perut dah mendendangkan lagu keroncong. bebudak pun dah berapa kali berkata lapar. Tak jadi singgah di Tsukiji. Terus ke Matsuzaka-ya dekat Okachi-machi station. Parking kat situ dan berjalan kaki ke Ameyoko. Tujuannye hanya satu, nak makan maguro-don(nasi sushi bersama ikan tuna mentah). Donburi kat situ murah, hanya 500yen ke 1000yen. Nasib kami baik sebab masa tu tak ramai pelanggan. Hadi meminta kaisen-don(hotate, shrimp, uni, squid, telur salmon), Ainin pula maguro-tataki-don(tuna cincang), Aiman dan mama tempah uni&ikura-don(uni dan telur salmon). まじうま〜!!
Masa nak balik, singgah sekejap di pasaraya kat bawah tanah. Tengok-tengok kalau ada ikan haruan, nak tunjuk kat Hadi. Nanti masa lepas bersalin nanti, boleh suruh dia datang belikan. Ada haruan fresh!! Selalunya hanya ada frozen sahaja. tapi alangkah mahalnya. 3 ekor 1500yen. Kali ni sebab lupa nak bawak cooler box, tak dapatlah nak beli frozen meat bebanyak. Hanya beli daging lembu boneless dan juga with-bone. Dalam perjalanan balik sempatla dia cair dan boleh la masak terus. lepas tu beli beras Jasmine dan juga sweet basil.
Dalam perjalan balik kerumah, Hadi kata tak syok balik ikut jalan selalu. So, dia drive balik ikut tempat kerja, tunjuk kat anak-anak kat mana ofis dia. Lepas tu lencong ke Tokyo Dome City. kat situ tak berhenti, cuma lalu je. lepas tu terus ke Roponggi Hills. First time gi situ. Cantik benar diaorang light-upkan bangunan tu. Hadi kata jom naik top floor, tengok pemandangan sekeliling Tokyo. Masuk kat parking lot, kat situ pulak kami terkejut dengan kecanggihan sistem parking dia. Ni mesti sistem terbaru kat Jepun or may be in the world. Kereta dipandu masuk seperti biasa kat satu ruang yang selalu kita dapat tengok kat parking lot lift style. Semua orang dikehendaki turun dari kereta dan keluar dari ruang tersebut. Disebelah kanan kereta ada pintu lift yang terbuka keatas. kereta yang diparkingkan tadi tu bergerak secara slide bersama lantainya sekali ke kanan dan masuk ke lift tadi. Lift itu akan menyimpan kereta di bawah bangunan tersebut. Kami diberi tiket. itu saja.
Kami naik keatas dan keluar dari bangunan. Kat luar, pokok-pokok dihias cantik dengan lampu LED berwarna merah, putih dan biru. Ropponggi Hills
Lepas tu kami ke tingkat 52 untuk menyaksikan pemandangan waktu malam Tokyo. Menakjubkan.Dapat dilihat dengan jelas Tokyo Tower, Rainbow Bridge, Odaiba dan juga Haneda Airport. Jauh disana nampak samar-samar Yokohama Landmark Tower. Ditempat berehat pula ada sofa dan diatas meja ada pelbagai jenis dan grade iPod untuk dicuba. Bebudak pun tak jemu. Sekaran pula ada pameran Akira Kurosawa Drawing dan bermacam lagi pameran. Ada masa sehari pun tak habis pusing. Lastly, kami pergi ke TV Asahi station. Bebudak bermain dengan mainan Doraemon. Duduk kat luar dah terlalu sejuk dan rasa terlalu penat kerana berjalan sepanjang hari. Kami mengambil keputusan untuk balik walaupun banyak lagi tempat menarik. Kami terus ke parking lot. Lagi sekali kami terkejut. Kami tunggu ingatkan kereta keluar dari tempat kami letak tadi. Rupanya kereta keluar dari arah lain. Patutla waktu masuk tadi tak jumpa sorang pun manusia yang berjalan kat lorong. Antara tempat kereta masuk dan keluar ada lorong khas untuk manusia. Jadi kemalangan dapat dielakkan. Walaupun sistem nya canggih, tapi masa yang diambil untuk kereta tu keluar lebih kurang 8 minit. lambat. Hadi merungut kata sistem tak bagus. he..he..entahlah.
Balik ikut Azabu, kawasan perumahan mewah. Tertarik hati dengan kecantikkan dan kebesaran rumah kat situ. Paling menarik perhatian adalah banyak kedai roti. Mungkin sebab ramai foreigner tinggal kat situ kot. Mesti roti dia sedap, so singgah beli. Memang sedap betul, walaupun hanya roti bun putih biasa. SASUGA!!
Sampai rumah keletihan. Semua sekali mandi bersama dan tidur. Entah mengapa, Ainin pun nak tidur di bilik mama dan papa, so, 4 orang, terlalu sempit. Tengah malam terjaga sebab tangan sakit tak boleh nak beralih. Senyap-senyap bangun pergi tidur di bilik Ainin. Pukul 3 pagi, Aiman datang sambil menangis dan berkata "mama ga ii".KAWAII!!!
| travel | 09:33 | comments(1) | trackbacks(0) | - |

08
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM