スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

persediaan

JUGEMテーマ:日記・一般

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.
walaupun masih bersedih, yang hidup perlu meneruskan kehidupan. kita jugak akan ke sana satu hari nanti. sebelum itu kita perlu membuat persediaan.

bercakap pasal persediaan, hari ni pergi order baju seragam sekolah Ainin. blazer, kemeja, seluar, baju sukan, jersi berlogo sekolah, kasut dan beg sahaja sudah dekat 60,000 yen @ RM2400. itu tak termasuk baju untuk summer dan alat tulis serta buku2 lagi. adussss

mama pula sudah sedia untuk hantar jemput Aimee kat kinder. sebab dah dapat apa yang diidamkan. jeng jeng jengggggggg...
basikal yang kat entry di bawah tu. kaler pun sama. cuma tambah seat untuk Aimee. punya la Aimee suka. lepas jer beli, orang kedai tu terus charge bateri, cukup untuk naik balik kerumah. dipasangnya semua termasuk seat sekali, buat 防犯登録@bicycle theft prevention registration. kalau kena curi pun, Yamaha akan ganti balik dengan kita tambah sikit jer... hari2 dia ajak naik basikal. tapi sayang, cuaca tak berapa baik untuk beberapa hari ni.

barang2 untuk Aimee pula masih ada yang tak lengkap. lepas ni kena pergi Yuzawaya, cari kain nak buat beg2 macam yang kat sini. kali ni kena buat kaler pink kot. yer la... anak dara kan ;-)


sebelum terlupa nak tulis juga minggu lepas punya event. hari Jumaat tengahari ada 参観日 @ school open day dan juga 懇談会@ parents meeting. kat kelas Aiman ada 二分の一成人式 @half Coming-of-Age Day celebration. ada music performance dan photo session kat 体育館@ gym. pastu balik ke kelas masing2, budak2 bacakan surat untuk their future 20 years old. mama dah うるうる@ banjir. apatah lagi bila teringat balik pada pagi itu dapat mail Aimee friend passed away. 10年間、一所懸命生きてくれて、ありがとう。生きたいと願ってても生きられない命もある中、ここまで育ってくれて、Syukur Alhamdulillah.

kelas Ainin pula buat open class kat music room. mereka dibahagikan ke beberapa kumpulan. semua kumpulan mainkan berbagai alat music dan macam2 lagu. Aimee suka sangat bila satu kumpulan mainkan lagu Beautiful Days - Arashi. punya la dia ノリノリ nyanyi. Ainin pula seperti biasa jadi MC. sebagai encore, group Ainin main 琴@koto sejenis alat music tradisional jepun. lastly sensei main flute.

lepas tu malam, mama dengan papa pergi tengok violin recital kat Toppan Hall di Iidabashi. ticket papa dah beli last month lagi, so walaupun tak berapa terasa nak enjoy lagi, pergi jugak la.. sebab papa kata untuk mama jugak. boleh belajar banyak benda dari recital tu. sasuga pro. dah la cantik. kecil dan comel jer. jatuh cinta makcik.
| keluarga | 23:09 | comments(3) | - | - |

a healthy boy @我が家の健康児

JUGEMテーマ:日記・一般


tadi, papa bawa balik 2nd half annual report dari health insurance company. belek2, terkejut. nama Ainin takder.... sama2 gelak ngan papa. patut la tadi masa pergi klinik nak ambik ubat kafunshou@pollenosis Ainin, doktor tak selak2 tengok record lama. rupanya latest record dia, last month masa ambik shot influenza. before that, ambik ubat kafunshou last year punya. hahahaha.
Ainin punya kafunshou mula keluar 2 hari lepas. dok bersin2, pastu mata berair. dia dok gosok2 sampai merah2 mata dia. kerana sabtu petang baru perasan, tak sempat nak bawa pi doktor. terpaksalah tunggu sampai Isnin. Alhamdulillah la, sejak Ahad malam dan pagi Isnin hujan. pagi tadi nampak dah reda. tapi takut keluar balik masa kat sekolah, bawa dia pergi jumpa doktor dan ambik ubat2 yang sepatut nya. kesian dia. kecik2 dah kena pollen disease.

btw, yang paling mahal kena bayar ialah papa. separuh dari keseluruhan bayaran. 2nd, Aimee. tapi sebab Yokohama City pay for her, so boleh dikira sebagai free la kan. 3rd Aiman. sebab sakit hidung dan telinga dan juga klinik kulit. mama kena sikit saja, sebab sebenarnya memang malas nak pergi klinik kalau setakat demam biasa.

gambar ini diambil Sabtu lepas kat sekolah boys. ada festival. Ainin jadi MC of the day. memang dia suka bercakap pun. dah la masuk broadcast club. hari Isnin boleh la dengar dia bercoleteh kat sekolah semasa ceramah pagi dan waktu lunch. dan memang patut mak2 kawan dia yang kenal sejak kinder dulu lagi kata "口から先に生まれた子"@budak yang lahir keluar mulut dulu. memang dia suka pot pet dari kecil.
MC of the day
so sad tak boleh letak gambar semua. kerana pihak sekolah tidak benarkan ambik gambar orang lain selain dari anak sendiri. (just wonder why some parents boleh letak gambar selain dari anak sendiri kat blog/web. sbb ramai Japanese amatlah sensitive pasal 個人情報@individual info.) kalau tidak, boleh tahu apa yang diorang buat. diaorang ada small concert dimana student 6th grade membuat persembahan nyanyian dan mainan music. Ainin juga main 木琴(mokkin)@xylophone. gambar dan movie main mokkin tak leh letak kat sini :(

btw, kenapa muka Ainin nampak sedih?? maybe they just have another one month sebelum sostugyou@graduation, and no more shougakusei life. ahahaha.
anyway, お兄ちゃん, you did a great job!!! よくやった!!もうちょっとなのでがんばって。中学生になったらまた一緒にがんばろう♪
| keluarga | 01:56 | comments(2) | - | - |

hari ni

JUGEMテーマ:日記・一般


Hari ni hujan dari pagi. kami semua bermalasan sampai ke petang tanpa menukar pajama. tengok 2 movie "Tokyo Shonen/ Horikita Maki" dan "Kiiro Namida/ Arashi". sampai petang semua dah kelaparan dan mama malas nak masak dinner, papa ajak makan kat luar. sebelum ke restaurant, kami singgah ke kedai cermin mata untuk mengambil cermin mata Ainin yang baru kerana dah setahun dan power dia dah naik. makin tebal cermin dia. mama try pun naik pening. kali ni tak bayar banyak kerana masih dalam tempuh insurance. cuma bayar 2000yen+ untuk kanta dan frame baru (pattern sama dengan yang lama). murah kan??

sementara menunggu orang kedai adjust cermin mata tu, papa ngan Aimee keluar pergi ke kombini. tak sampai 5 minit kemudian, papa patah balik sambil dukung Aimee yang berdarah kat dahi. muka Aimee penuh dengan darah. terkejut mama tengok. Aimee dah melalak tak hingat dunia. orang kat kedai bagi antiseptic dan bandage. bila dah cuci sikit luka tu, baru mama nampak, lukanya sepanjang 1cm, tapi agak dalam. oleh kerana Aimee terjatuh kat atas jalanraya, takut ada infection ker, terus bawa dia ke emergency hospital. sampai saja, terus doktor tengok. atas nasihat doktor, kena ambik CT scan dan X-Ray. masa nak buat kedua2 ujian tu, Aimee punya la melalak pasal takut. bukannya pasal sakit. mama yang diarah dok kat luar pun rasa macam sayu sangat.

Alhamdulillah, result CT scan dan X-ray OK. tak ada apa2 retak ataupun pendarahan dalaman. tapi masa doktor nak cuci tu lagi sekali tersiksa mama tengok. oleh kerana luka nya dalam, doktor guna botol yang ada paip yang mana hujung paip tu di masukkan kedalam lubang luka dan mengepam bahan pencuci mencuci darah dan bacteria keluar. kuat sungguh Aimee menggelupur. 3 orang pegang Aimee pun boleh terlepas. oleh kerana masa tu kat emergency ward tu tak ader pakar plastic surgery, doktor bagi pilihan. cuma cuci dan letak tape tutup luka saja. ataupun boleh dijahit luka tu untuk hentikan pendarahan, tapi kemungkinan besar akan meninggalkan parut. then papa ngan mama pilih 1st choice. so, esok kena pergi ke pakar lagi sekali. dah la anak dara. nanti tak hilang parut, kesian pulak.

帰りに旦那と軽く口喧嘩した。あの年頃の子供はなにを仕出かすか分からないから、ママはいつも神経を働かせてみてるんだ。女の子となるとなおさら。親は常に見てあげなきゃダメ。


ps/ got this from Jolenesiah. Thank you so much :D

Red petals,
resemble the girls' fragile heart,
The torns too,
resemble the girls' unbeaten heart.


| keluarga | 23:37 | comments(14) | - | - |

Congrate to abang Mamat

JUGEMテーマ:学問・学校

Congratulation to Muhammad Rhuee kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru2 ni.
dulu kata nak lawan chik. mmg melawan tokei nih... dia dapat 10A(8A1 & 2A2).
berkat usaha gigih abang Mamat dan juga support dari mak dah ayah kan??!!
lepas ni nak gi mana agaknya.

tumpang bangga dengan anak2 buah chik.
walaupun kita bukan dari keluarga yg kaya wang ringgit, biarlah kita kaya dengan ilmu. kan??? good luck dan semoga jalan yang dipilih kelak sentiasa jalan yang diredhai Allah SWT. amin
| keluarga | 10:22 | comments(2) | - | - |

Eijyuuken - Permanent Resident

JUGEMテーマ:ニュース


Hari ini aku telah diistihar sebagai permanent resident Japan dengan selamat nya... setelah permohonan yang dilakukan 6 bulan lepas. rasanya tak lama, pejam celik pejam celik depa hantar mai postcard suh gi ambil. masa hantar surat permohonan renew visa sebelum ini, tiap kali ditanya kenapa tak minta PR. aku ingat susah sangat nak dapat. sebab dengar kawan2 punya husband punya la susah. kena interview la... kena hantar macam2 surat la... suspen jugak. aku punya hanya hantar surat biasa macam nak minta spouse visa juga. ada kawan2 kata masa tengah apply tak leh balik negara sendiri, aku balik macam nak rak.... hmmm.... ikut orang jugak kot.

tapi tadi aku frust sungguh dengan nyuukan nih... bukan apa, dulu nak beli "inshi"@ document stamp, boleh beli kat dalam building tu jugak. kali ni kena pergi jauh jugak. dah la bersalji kat luar tu... nasib baik tak bawak Aimee tadi. klu tidak jenuh terhegeh2 lagi aku.... benda tu semua orang yang nak apply visa ke pass ker nak guna. awat tak jual jer dalam building tu.... ish.... menyusahkan sungguh.

on the way balik rumah, aku singgah Sakuragi-cho jumpa kawan office junior aku yang datang ada conference kat Pacifico. ingat dia datang beberapa orang, rupanya sorang jer... sure kokorobosoi. dah la first time dia datang Jepun. first day sampai dah kena salji. kesian tengok, kesejukan. bawa dia pi cari jacket. tapi sayang takder size. jepun ketot ketot... mana nak jumpa size 4L. hubby aku pun beli baju brand dari US. masa dia call pagi tadi dia kata sejuk, aku dok ingat nak bawakan jacket hubby yang dah tak pakai. mana tau kot2 dapat jugak dia guna buat sementara waktu. bila jumpa dia aku pun terkejut. nasib baik tak bawak. klu tak, sure dia ingat aku nak perli dia. tapi sumpah tak der niat macam tu tau..... tak per la... lagi 3 hari dah nak balik kan.... minta2 tak sakit demam ler sebab kesejukan....

Anyway... omedetou to myself. lepas ni dah tak payah nak dok ulang alik minta2 visa. tapi leceh jugak sebab kena ambik reentry pass every 3 years.
| keluarga | 19:12 | comments(10) | - | - |

06
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM