スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

Summer Holiday


JUGEMテーマ:夏休み

Assalamualaikum. Selamat berpuasa hari ke 13 Ramadhan. Summer Holiday tak habis lagi. tinggal lagi seminggu sebelum anak2 mula balik sekolah. hampir semua kerja sekolah dah siap, tinggal satu atau dua sahaja lagi... itu tugas Mr Samurai buat last check :D

Sebelum bermula bulan puasa, kami balik kampung Mr. Samurai. banyak aktiviti yg dilakukan dimana kami dilayan oleh ojiichan dan obaachan sahaja kerana Mr. Samurai masih bekerja di Tokyo. hanya last 3 days sahaja Mr.S bersama kami datang ke Nagaoka menaiki Shinkansen.

First day sampai terus terpa ke kedai sushi. makan sushi duluuuuuu. kegemaran anak2 kalau balik ke sana. hari kedua kami ke pantai mandi laut, dan lepas tu mandi onsen pulak. best!!!! hari ketiga lepak kat rumah saja, masak kari jepun guna sayuran2 kampung. memang sedap sedap baru lepas petik dari kebun...

hari keempat, dah start puasa... orang lain la... makcik start cuti isk isk... bawa anak2 gi main kat Toyrus. panas2 ni malas dok rumah... panas giler... malam kids bergotong royong buatkan sandwich untuk mama, ojiicyan dan obaacyan. sedap la pulak... habis roti 2 buku... obaacyan terkejut besar sebab masa nak beli roti tu, dia order separuh buku jer... makcik bagitau kat casher tu suruh bungkus 2 buku.. tebeliak biji mata dia... hahahaha.. anak2 sedang membesar la katakan...

hari ke lima, atas permintaan si Aimee nak tengok himawari/bunga matahari, ojiicyan bawa kami semua ke Tsunan-machi. 2 jam jugak drive dari rumah... cuaca tak berapa elok.. dekat 2 nak sampai hujan turun agak lebat.. tunggu sebentar, bila hujan dah berenti seketika, baru dapat ambik gambar Aimee posing sakan dalam taman himawari tu... tak sampai 15 minit, semua dah kalut ajak balik. ishhh anak2 aku ni...... nak mai 2 jam, 15 minit dah ajak balik!!! on the way balik, sempat singgah tempat jual sayur2 dan buan2 tempatan. petani buka kedai depan rumah diorang, jual sendiri sayur2. memang la fresh dan murah2. jagung tu boleh makan mentah... amat lah manis... berbinau2 mata makcik memilih itu dan ini. hihihi... apatah lagi bila MIL yg nak bayar... hahahaha peluang jangan dilepaskan. arigatou ne obaacyan.

hari ke enam, rehat2 kat rumah, sambil tengok2 Aimee mandi dalam pool plastik depan rumah.. malam, Mr.S sampai kat Nagaoka eki dengan shinkansen dah dekat pukul 12 tengah malam. ojiicyan dah tidur pun masa makcik keluar ambik dari eki. budak2 excited giler... rindu la kononnyer baru 5 hari tak jumpa...

hari ke tujuh, pergi ke pantai, main2 tepi laut. tapi ya Allah, angin punya la kuat. ombak tinggi sungguh. berbeza sangat dengan masa hari kedua. pergi pun dah petang. tengok sunset sat then masuk onsen.... makcik cuma mampu jeling2 kot jauh. hehehehe.

hari ke lapan, rasa macam nak demam. dok rumah jer golek2 atas futon sambil baca manga :-P Mr.S bawa budak2 gi main bob-sleigh kat atas bukit. bukan main seronok budak2 sebab dah banyak hari dok sebut ajak pergi. malam gi dinner sushi lagi... maguro! salmon! ebi! aduh.... sedap2 belaka...

hari ke sembilan, pukul 10 pagi, bertolak balik ke Yokohama. kali ni ikut Joetsu, Nagano dan Yamanashi... fuhhhh jauh giler... mula2 masa kat Nagano, tengok jalan dari Karuizawa jem 45km!!! terus tukar ikut Yamanashi... silap besar kat situ... lagi teruk!!! walaupun cuma 20km, but took 5 hrs!!! nasib baik budak2 tak meragam banyak... tapi Alhamdulillah. sempat singgah kat Kurohime Kougen beli corn yg sangat fresh, sayuran dan buahan. ingat nak petik blueberry, budak2 tertidur pulak dalam kereta... singgah kat Togakushi Oku-sya tengok pokok sugi yg tinggi dan pemandangan yg cantik... ada gambar tapi tak cantik... now camera buat hal... nak kena hantar service center... beli dah dekat 2 tahun, tak pernah hantar...

selamat sampai di rumah jam sudah hampir bertukar tarikh...
terus tanak nasi, kemas sana sini, dah masuk waktu sahur.... at last, dapat lah makcik start puasa :D
her 5th summer....
(took 3 days untuk siapkan entry nih... isk isk)
| jalan-jalan | 01:46 | comments(4) | - | - |

Nagaoka trip

sorry, malaysia trip pun belum update, Nagaoka pulak yang didahulukan. takper la.... ikut suka hati makcik ajer.....

tapi bukan nak tulis banyak2 pun. cuma nak letak gambar dulu ajer.... si suami dah jeling2 suruh tidur :-P

ni antara gambar2 yang makcik suka. sila la jamu mata buat sementara yer...
untuk rakan2 yang bagi komen, maaf yer... nanti ada masa saya reply.

fantastic!!!!


hanabi
| jalan-jalan | 23:04 | comments(9) | - | - |

korek siput

JUGEMテーマ:日記・一般


hari ni pi Umi no Koen dekat Hakkeijima untuk korek2 siput. Alhamdulillah cuaca amat baik. bersinar2 sampai sakit kulit.
air surut hanya 2 jam sahaja dari pukul 9 pagi sampai 11 pagi. kami sampai dalam pukul 9:30, dah penuh parking. terpaksa la cari parking jauh dari park tu. kena jalan kaki. sampai2 tu terkejut badak!!!! MashaAllah..... punya la ramai manusia.
tengok la gambar kat bawah ni
lautan manusia

anak2 sangat la excited, maklum la.... first time masuk laut untuk tahun ni. tapi air sejuk gedi. Aimee yang siap salin pakai swimming suit tak sabar nak lompat masuk tu pun, baru letak kaki sebelah dah terjerit kata sejuk. hahahaha

siputnyer tak ler besar mana, tapi jauh lebih besar dari masa pergi last year yang hanya sebesar butir beras. setengah timba dapat kami kutip tak sampai sejam pun. tu pun, papa ngan Aimee sibuk main2 dengan air. si Ainin pula kesejukan sebab masa sampai tu excited terlampau terus terjun masuk dalam air dan tergelincir, habis basah kuyup. terus salin baju dan tidur bawah panas matahari. si Aiman saja yang rajin korek ngan mama. mama pula mula2 ingat tak nak masuk dalam air, nak ambik gambar saja, tapi bila tengok papa yang tak reti nak korek tu, terus semangat naik membara. apa lagi, basah kuyup jugak la. pukul 11:30am air dah semakin naik dan kami pun beransur pulang. tapi orang lain tak nampak pun tanda2 nak balik. sampai pukul berapa agaknya diorang pulun.

siput tu malam ni biarkan jer dalam air laut bagi dia muntahkan pasir. esok baru nak masak2. MIL dah plan nak masak spaghetti. kami...... miso shiru jer kot. :-P

gambar ni "omake". anak dara posing tahap maut. jangan tergoda yer... ;-)
I'm ready for summer
| jalan-jalan | 21:04 | comments(10) | - | - |

Picnic @ Kasai Rinkai Koen

JUGEMテーマ:日記・一般


siang tadi pergi ke Kasai Rinkai Koen berpiknik dengan rakan2 Malaysian. we are the only family yang campuran. yang lain semua Malaysian tulin :D
walaupun bunga2 dah nak habis, tapi maish seronok kerana cuaca yang amat baik dan makanan yang lazat2 belaka. kali ni terlupa ambik gambar makanan. sibuk bersembang. hahahaha terimakasih yer adik2 semua. berbanyak terimakasih kepada Ros dan Mega yang bersusah payah jadi organizer hari ni. maafkan kami kerana lambat sampai m(_ _)m

selepas acara makan, kami beredar ke tepi laut, bagi budak2 main sat. Aimee siap buka kasut. nasib baik tak terjun kedalam air... mama ada bawa baju salin tapi lupa bawak tuala. air pun masih sejuk. tunggu summer nanti sure seronok bagi diorang main air. lepas tu bawa diorang naik ferris wheel yang sangat besar itu. ni gambar dari bawah, time nak balik dah.
観覧車

masa nak balik tu ada pakcik sorang dok dekat kitaorang bawa ferret sejenis haiwan seperti tupai. punya la comel. ketiga2 beradik memang suka haiwan, bergilir2 nak main dengan ferret tu.
Ferret kissing
| jalan-jalan | 00:11 | comments(6) | - | - |

A whooper-dooper weekend - part 2

JUGEMテーマ:日記・一般


While we we eating sushi on Saturday, my PIL told me that "おくりびと@ Okuribito" still in long-run movie until Feb.18th, so Ainin and I went to Yurakucho on Sunday for movie date. sampai2 kat panggung, kecewa amat sangat sebab movie hanya ditayang pada sebelah pagi sahaja. alang2 dah sampai kat situ, tengok ajer la apa saja. so, we chose "The Curious Case of Benjamin Button". sebelum waktu wayang sampai, kami mengalas perut kat restaurant Kimura-ya, kedai roti. パン食べ放題 dia berharga 1200yen. makan la sebanyak mana nak makan. habis saja roti dalam pinggan, waitress dia terus datang bawak bakul berisi berbagai jenis roti. lepas kenyang, kami jalan2 "Gin-bura". cuaca yang amat baik juga agaknya menyebabkan ramai pengunjung.
Ginza and blue sky
kemudian kami ke Hakuhinkan, kedai kegemaran Ainin. dah banyak kali nenek dia bawak pergi dan dia dah tahu kat tingkat mana ada apa. sementara menunggu si boy tu "melepas geram", mama tunggu kat luar kedai sambil "people watching". seronok pulak. kat depan kedai buku, penuh dengan cameraman dan wanita muda jepun menanti bintang pujaan mereka buat "握手会@ sesi jabat tangan?". ada pula makcik yang amat bergaya membawa anjing2 yang juga bergaya dengan baju2 branded berjalan ditengah2 street Ginza yang ditutup kepada laluan kenderaan itu.
osanpo

Kedai H&M pula membuka pintu kedai secara berperingkat kepada pengunjung kerana terlalu ramai nak masuk kedai yang tak berapa luas itu. dan macam2 kerenah boleh dilihat. seronok pulak. kat depan Hakuhinkan diletakkan meja untuk main lego. seronok tengok budak2 main sementara menunggu ibubapa yang sibuk shopping.

we want food! we want food!
tengok gambar ni macam boleh dengar diorang berkata "we want food!! we want food!!!" sambil hentak2 tangan kat atas meja tu kan? :D

ni pula gambar pawagam yang kami tengok.
Benjamin Button and the clock
every one hour, jam tu akan slide keatas dan ornament kat bawah tu keluar. patung2 soldier tu ketuk2 besi dan mengeluarkan bunyi muzik yang mengasyikkan. ramai pengunjung yang lalu dibawah jam ini akan berhenti dan melihat jam ini. sebelah tu pulak poster Benjamin Button. seolah2 memberi gambaran cerita dalam movie tu jugak. selepas menyaksikan movie, Ainin berkata "人生を考えさせられますね@ It makes me think about life". even the rate was PG-13, it was not bad to bring kid like Ainin to watch it ;-)
| jalan-jalan | 21:42 | comments(6) | - | - |

05
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM