スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

Masuk wad

Tunggu beberapa hari tak jugak nak keluar. Semalam kaki bengkak, mungkin dah terlebih had kot. Badan pun tak berapa sihat. Asyik letih je. SElepas bincang ngan doktor, hari ni sebentar lagi pukul 3, dah nak masuk wad. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa problem, esok pagi start proses delivery. Hubby akan bersama sampai selamat bersalin.
Doakan lah kami.

| pregnancy | 13:49 | comments(6) | trackbacks(0) | - |

Belum menetas

Walaupun dah lepas due date, masih tak ada tanda-tanda nak bersalin. Pagi tadi gi klinik ngan hubby. Monitor menunjukkan bukit-bukit graf yang stabil 7 minit sekali, tapi sayang, sakitnya tak datang. Pintu rahim buka 2cm. Tengok malam ni. Kalau tak sakit jugak, esok call doktor, masuk wad. Tapi hubby kata dia prefer sakit datang semulajadi, tak payah guna ubat. Yang mana satu pulak awang ni. Sekejap suruh bersalin cepat-cepat, sekejap suruh tunggu. Naik pening aku @_@

Semalam, masukkan data kat dalam housekeeping book, cuba jugak kira berapa dah habis duit kat maternity clinic ni. Terkejut!!! almost 500,000 yen!! Hanya untuk check up dan wang pendahuluan je. Tu belum bersalin lagik tu. Bersalin kat Jepun memang mahal. Dulu masa delivery kat Aiman di Malaysia, terbang pergi balik anak beranak, delivery kat private, living cost for 6 month, domestic travel lagi, hanya habis 500,000 yen. Lepas ni, berapa banyak lagi nak kena bayar hah?! Kalau nak beranak banyak, kena balik dok Malaysia kot.
| pregnancy | 17:50 | comments(3) | trackbacks(0) | - |

Last day check up

Esok due date. Hari ni pergi buat check up untuk kali terakhir.
Bila doktor buat check dalaman, masih 1.5cm. Doktor buat OMAJINAI. Sakitnya!! Pintu rahim dijoloknya bagi sedikit shigeki. Kot-kot jintsu tu datang. Kalau sakit tak datang sampai Isnin ni, kena gi buat appointment masuk wad. Doktor kata nak guna ubat tarik sakit. Selalunya tunggu sampai 41 minggu, tapi disebabkan Ringo chan besar, over 3500 gm, nak kena keluarkan cepat.
Balik rumah, suspen gak ada darah pekat keluar. Gabra gak. Tapi sakinya tak datang-datang.
Tengah dinner temaki-sushi kat rumah nenek, sakit datang 20 minit sekali. iyo-iyo dana.... semua orang dah suspen. Nenek suruh makan banyak-banyak takut tak ada tenaga masa nak bersalin nanti. Balik terus shower, siapkan barang untuk ke hospital, siapkan barang bebudak nak sekolah, pass semua kerja kat nenek dengan memo dan alat-alat sekali. Bila-bila masa OK. Tup-tup sakitnya terstop. Dah tak datang lagi. Buat suspen je.
Kalau lahir esok, the best present for father's & jiji's day la jadinya. muahaha
| pregnancy | 22:23 | comments(2) | trackbacks(0) | - |

Suspen je....

Awal pagi lagi atok dan nenek dah keluar rumah gi sampo sambil singgah kat klinik untuk drop kad. Katanya dapat nombor 1. Hah... tu dia, awal bebenor diaorang nih. Okage sama de, belum pun pukul 10 dah habis check up. Waktu balik singgah kat Mr. Donuts minum cafelatte secawan, lepas geram sebab dah lama tak minum kopi ngan teh. Call atok mintak datang jemput (bila lagi nak bermanja ^_^). Balik sampai je kat rumah, pergi la toilet. Alamak berdarah. Terkejut!!! gak. Pegang sana sini, tak rasa sakit pun. Anyway, call klinik dulu, minta advise. Nurse kata mungkin kesan sampingan akibat check dalaman tadi. Oh..... baru teringat, kat dalam magazine ada tulis bab nih. Selama ni tak ada experience berdarah disebabkan check dalaman. Buat suspen je.... Betullah, 3 kali mengandung, 3 pengalaman berlainan. Tak sama.

Ringo-chan data
Umur: 37w5d
Berat: 3000gm
Berat mama: +10.0kg huwaaaa........ bertambah lagi. YABAI ZO!!
| pregnancy | 23:01 | comments(3) | trackbacks(0) | - |

Nama

Tiap malam hubby sibuk mencari nama yang sesuai untuk anak dara dia. Bunyi-nya, Kanji-nya dan makna-nya pun mahu sedap. Jepun pula selalunya mementingkan kakusu (nombor tulisan) bagi kanji yang digunakan. Sebagai contoh, nama Aiman. Guna kanji Ai- (cinta) dan Man - (penuh). Kakusu untuk Ai ada 13 dan Man pula 12. Didepan nama Aiman ada family name, bila dicampur semua angka tersebut, jumlahnya bagus ke tidak akan dikira. Sebenarnya kami tak mementingkan semua ini, tapi makcik hubby yang baru meninggal 2 bulan lepas memberikan petua pada kami dulu. Untuk menjaga hati semua pihak, ikut saja. Lagipun nama Muslim mereka memang dah ada.
Kali ni nama Ringo chan, belum ada yang sesuai. Tunggu anak lahir dulu la. Tengok wajah dulu, baru nak keluar idea yang bagus kot. Kali ni kalau boleh nak letak middle name tulis dalam katakana. Any idea??
| pregnancy | 21:32 | comments(4) | trackbacks(0) | - |

08
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM