スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |
<< bekal lagi | main | hiatus >>

Sabtu

JUGEMテーマ:日記・一般


Hari sabtu adalah hari untuk saya berehat sebentar dari menjaga anak-anak dan menggunakan masa tersebut untuk diri sendiri. oleh itu saya manfaatkan masa tersebut untuk belajar muzik. kelas mizik yang saya sertai sekarang adalah kelas violin.
setiap hari sabtu saya ada kelas dari pukul 1:15 minit sampai 3:15 minit. saya keluar rumah dalam pukul 12:30 tengahari. suami menghantar saya sampai ke "eki"@stesyen keretapi dengan kereta. saya menaiki keretapi ke Kannai stesyen yang mengambil masa 15minit dari stesyen terdekat dengan rumah saya. selepas kelas tamat, selalunya kami beberapa orang murid akan bersama "sensei"@guru muzik minum kopi dahulu sebelum balik kerumah masing-masing.
(hahahaha macam karangan budak darjah 3 :-P)

anyway, itulah rutin hari Sabtu saya. hari ni (siang tadi) selepas tamant kelas, seperti biasa kami minum kopi dulu sambil menunggu hubby datang jemput untuk bersama2 pergi menonton wayang di Honmoku. Ainin dengan hubby tengok Detective Conan the Raven Chaser, mama "terpaksa" tengok Shinchan kerana Aimee beria-ia nak tengok. Aiman pulak berbelah bagi nak tengok yang mana satu sampai la last minit, masa nak ambik tiket pun masih dok kata sat nak Shinchan, sat nak Conan. hihihi. kesian dia. last2 pilih Shinchan jugak :D

perkataan "terpaksa" patut di "delete"kan sebab lepas tengok, memang puas hati. gelak terbahak2 dengan "obaka honno" Shinchan family. just imagine, Hiroshi jadi chicken!!! memang dia "chicken"! oppssss :D as always, Aimee dengan soalan "doushite?" "nande?" adedede tak larat nak jawab. nasib baik panggung lengang sungguh.

on the way balik rumah, singgah Sushiro makan sushi. papa, gochi de-----su.

masa tunggu nombor kami sampai, boleh lagi tengok tv dalam kereta. tonton Miki Ando dan Mao Asada free skating. Mao chan, omedetou!!!! over 200point!!! banzai!!!! banzai!!!. terjerit2 kami anak beranak dalam kereta. nasib baik orang kat luar tak dengar. hahahaha

esok, Ahad papa kena gi office as usual. so tinggallah kami anak beranak. ingat nak bawa budak2 pi tengok La Machine - Big Spider in Yokohama yang berada di Akarenga sekarang. tapi esok pukul 1:30 - 3:00, tv sampai. hmmmmm... bawa diorang gi pagi kot. tu pun kalau rajin dan boleh bangun awal :-P

ada sapa2 nak pi esok? dengar citer the spider will be near Kannai tomorrow. kalau salah sorry :-P
| urusan harian | 01:25 | comments(5) | - | - |

スポンサーサイト

| - | 01:25 | - | - | - |
Comment
amat-amatlah seperti karangan aktiviti hari sabtu untuk dihantar ke cikgu hari isnin nanti. Hehehe jangan mare...
2009/04/20 12:38 AM, from lina
haha, saya jadi cikgu, jumlah markah 100% :D

syoknya tonton Detective Conan..... masih terikut ikut dgn manganya....

shinchan juga funny.... but compare to previous time ... now is not so funny.... but still i like it :D

oh kak hani, ur previous post, bento... i like the container.... is cute n have compartment... nice and the foods u cook... look yummy... i like the tamago~
2009/04/20 3:51 PM, from jolenesiah
asslamualaikum...kami lapaq nasi nie...x makan sebulan...kami nie sihat semua...apa kabaq dok sana, sihat ka???klu sihat alhamdulillah la...ari abg emi p cari tempat practikal dapat kat sungai petani ja dekat ngan rumah...bila nak blk malaysia???klu nak gtau la k...bye
2009/04/20 6:13 PM, from abg emi
oh sangat ayat mu itu!ahahaha
2009/04/21 4:52 PM, from jannah
Kak Hani...perenggan pertama tu, sebiji macam karangan...adehhh!!, lain kali tulis macam biasa jelah yeaa..kita mcm nak tergelak u, bila baca...habih air liur ceQ semua keluar!!!...hehehe
2009/04/21 6:33 PM, from ah mat gebu










12
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM