sedar2 dah di penghujung Ramadhan. blog ni pun tak berupdate. terimakasih kepada yang bagi komen yer. maafkan saya. Alhamdulillah saya dan keluarga ok dan sihat. cuma sibuk dengan aktiviti harian, dan juga keMALASan yang membuatkan blog ni terbiar tak bertuan.
sempena menyambut hari lebaran beberapa hari lagi, saya dan ahli keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah silap, tersasul lidah, tertaip benda2 yang tak menyenangkan mata dan hati rakan2 semua. saya doakan anda semua sentiasa dirahmati Allah Yang Maha Esa.
berhati2 di jalanraya, semoga tiada tangisan orang2 yang kita sayangi. kalau yang pakai gigi palsu tu, masa nak makan dodol, hati2 yer... nanti takut tercekik gigi. beringat lah, kalau ada kes orang tercekik dodol, ketupat ataupun daging rendang tu, cepat2 lah cari vacuum cleaner. jolok paip ke mulut mangsa dan sedut benda tu keluar secepat mungkin. semoga tindakan pantas anda dapat menyelamat kan nyawa, dan anda dapat jadi "HERO" di pagi raya ;-)
anyway, enjoy Syawal dan bersyukurlah dengan rezeki yang Allah SWT berikan dan juga bersyukur juga anda dapat beraya bersama sanak saudara. huwaaaaaaaaaaaaa.