スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |
<< Summer Holiday | main | Musim yg berubah >>

Salam Aidil Fitri dari kami di perantauan

JUGEMテーマ:写真

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua pengunjung blog ini. minta maaf zahir dan batin kerana tuan punya blog semakin lama semakin malas untuk meng-update-kan blog dia :-P

pagi tadi sempat ke majlis jamuan hari raya di Malaysia Embassy in Tokyo. kami sampai dah lewat. waktu sembahyang raya pun dah lepas, makanan pun dah tinggal sikit. padan muka, datang lambat2.... bukan apa, terpaksa tunggu anak2 ke sekolah dulu sebab yg sulung ada praktis untuk hari sukan dan yg no 2 tu pulak tak mahu ikut, nak kesekolah jugak. si kecil memang dari semalam dah bagitau sensei kata nak ponteng. Alhamdulillah, Mr. Samurai ambik cuti ganti untuk Ahad lepas dia ke office.

dapat juga bertemu dengan adik2 dan kakak2 semua, yg dah lama tak jumpa, yg pertama kali jumpa. happening sungguh. cuma terasa miss someone.... siapa lagi kalau bukan Puan Aini Zakri. rata2 semua kata macam tu... macam tak lengkap la pulak. selalu, lepas majlis kat embassy, kami semua serbu rumah Kak Aini. kali ni ramai tanya nak kemana... rasa segan pulak nak serbu2 rumah embassy sebab tak berapa nak kenal, so lepas majlis kami terus balik rumah... si Aimee ngan Mr Samurai terbongkang kepenatan.

pagi tadi kerana terkelam kabut, tak sempat nak call family kat Malaysia. dah balik baru call. Alhamdulillah dapat dengar suara ayah, abang dan kakak. jeles dengar diorang tengah siang udang besar nak buat sambal makan dengan ketupat palas. meleleh air liur... meleleh pulak air mata bila dengar abang nyanyi lagu raya, ♪semua ada, engkau sorang tak ada.... sampai hati hang nooooo... huwaaaaaa
 

| event | 16:28 | comments(4) | - | - |

スポンサーサイト

| - | 16:28 | - | - | - |
Comment
Selamat Hari raya~
2010/09/11 11:46 AM, from jolenesiah
Jolenesiah, TQ :D how's there? pergi rumah kawan2 tak? tolong makan ketupat on behalf me yer :D
2010/09/12 12:18 AM, from Hani
salam raya k.hani. maaf zahir batin. uwah! kaler biru k.hani suami isteri. lawa jek..
2010/09/22 4:54 PM, from umeboshi
Sorry lambat reply,
ada pergi rumah kawan-kawan, makan hingga tersangat kenyang, tolong makan share kak Hani juga..

I eat from 12pm to 11pm one whole day eat non stop :D
2010/10/09 1:15 PM, from jolenesiah










12
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM