スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |
<< pejam celik dah pertengahan bulan 12 | main | Thank you >>

Earthquake and Tsunami

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Seperti yang anda semua telah maklum, negara Jepun telah mengalami gempa bumi yang kuat dan berikutannya tsunami telah memusnahkan pantai perairan di sekitar kawasan Tohoku, utara Jepun. gegaran yang kuat dapat dirasai oleh kami yang berada di Yokohama sejauh 500 km sebanyak 5+ skala. semasa gegaran, saya berada di sekolah Ainin kerana ada perjumpaan ibubapa akhir tahun persekolahan. semua lari keluar menuju ke padang sekolah. selepas bersurai, terus lari balik rumah tengok Aimee yang ditinggalkan dengan nenek dan datuk dia. dapat tahu mereka selamat, terus berlari ke sekolah Aiman pulak. on the way, datang lagi aftershock, gerun tengok rumah bergoyang2 dan wayar letrik berdengung2 sakan semasa tiang letrik bertarik2 antara satu sama lain. tanah juga berombak2 dirasa. terpaksa kuatkan semangat bergerak ke sekolah risau memikirkan anak2 di sekolah lagi ketakutan. bila dah sampai, semua murid2 sekolah sudah berkumpul di padang. beberapa orang penjaga/ibubapa sudah sampai. terus daftar nama dan ambik anak bawa balik. sampai rumah terus terduduk sebab kaki dah terketar2. semua berkumpul di rumah PIL.

Alhamdulillah kami selamat di rumah sendiri. tiada sebarang kerosakkan yang berlaku di rumah buat masa ini. setiap hari tv hanya menayangkan berkenaan dengan earthquake dan tsunami dan juga nuklear reactor yang meletup semalam dan hari ini.

pasaraya sudah kekurangan bekalan makanan. menurut berita dan status di facebook rakan2, bekalan petrol juga habis, kalau ada pun terpaksa dicatu. selain itu, bermula hari ini, kerajaan Jepun mengumumkan pemutusan bekalan eletrik berperingkat mengikut kawasan. buat masa ini, kawasan rumah kami masih ada bekalan.

sangat2 bersyukur kerana my PIL ada di rumah sebelah, kuat sikit semangat kerana mereka sudah ada pengalaman semasa earthquake di Niigata 6 tahun yang lalu. selepas sahaja gegaran pertama, my FIL terus keluar ke kedai roti, dibelinya sebanyak yang mungkin, takut kekurangan makanan nanti. seperti yang dijangka, pada petangnya, convenience store semua terpaksa ditutup kerana bekalan letrik terputus. buat sementara, FIL tarik letrik dari enjin kereta Estima. masak nasi pun dalam kereta. kami bernasib baik kerana bekalan gas dan air seperti biasa. eletrik pula pulih kembali selepas pukul 10 malam.

selepas 6 jam baru dapat contact Mr Samurai. dia terkandas di office di Akihabara sebab keretapi tak bergerak. itupun melalui sms. cellphone dan home phone tak berfungsi langsung. sms, twitter dan facebook menghubungkan kami. nak dengar suara pun tak boleh. lewat malam baru dapat ber skype dengan keluarga di Malaysia.

apa2 pun kami selamat (buat masa ini).
alhamdulillah, Mr. Samurai kerja dari rumah hari ni. Aimee's kinder cuti sampai ke tarikh yang diberitahu kelak. Ainin & Aiman pun dah balik dari sekolah. esok sekolah hanya waktu pagi.

banyak mayat telah dijumpai. tak sampai hati tengok tv. melihat semua video2, sangat2 menggerunkan dan menginsafkan. Ya Allah, selamatkan lah hamba2 Mu.

gambare nippon!! tachi agarou!!!
| - | 14:15 | comments(9) | - | - |

スポンサーサイト

| - | 14:15 | - | - | - |
Comment
Salam Kak Hani...Sesungguhnya setiap yang berlaku itu adalah atas kehendak & kekuasaanNya..

Takziah buat semua yang terlibat dengan dugaan ini...

Alhamdulillah gembira dengar berita Kak Hani sekeluarga semua selamat...Take care yaaa..
2011/03/14 6:03 PM, from Sue@Nenie
Kak Hani & famiyl,
take care. I pun sayu je tengok berita...
2011/03/14 6:24 PM, from lina
sayu, sedih hanya Allah jer yg tahu. berdebar2 masa tgk tv.. sampaikan tini terpaksa stop skejap sbb dh sebak sngt2. semoga khani dan keluarga sentiasa silindungi Allah.. takziah untuk rakyat jepun
2011/03/14 7:29 PM, from tini
alhamdulillah semuanya ok for you and family. sedih baca berita. i'm your silent reader. walaupun hanya kenal secara blog, bila dengar the news, i immediately thought about you and some of my other friends kat jepun. be strong and take care

lots of love from the netherlands
2011/03/15 3:17 AM, from sara
Syukurlah you sekeluarga selamat. I pun pernah guna merasa gempa semasa di Niigata Ken.

Semoga rakyat Jepun terus tabah menghadapi musibah ini.
2011/03/15 6:10 PM, from Shah
k.hani...alhamdulillah k.hani n family selamat. take care k.hani.
2011/03/16 12:40 PM, from umeboshi
salam kak hani
alhamdulillah syukur akak dan keluarga selamat..semoga tabah hadapi ujian ni..kalau keadaan terdesak..balikla malaysia kejap kak :)
2011/03/17 8:45 PM, from zaliana
Moga allah ,melindungi semua umatNYA aminnn...
2011/03/18 6:39 PM, from saaban abu samah
Salam,

Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya silent readerblog ini sejak beberapa tahun lepas. Semoga Allah melindungi semuanya.
2011/03/23 3:32 PM, from syidah










08
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM