スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

息抜き

JUGEMテーマ:日記・一般

seperti dalam entry sebelum ni, mama amat sibuk. letih sangat. terkejar2 dengan masa. paha dan tapak kaki amatlah sakit. masa bangun pagi, 疲労感@hiroukan amat terasa. dipaksakan jugak badan ni bangun. sediakan breakfast, bekal Ainin, sidai kain2 yang dah dipusing sebelum tidur malam tadi, make sure everything dah ok untuk abang2, siapkan Aimee ke kinder. lepas hantar Aimee, balik, vacuum rumah, cuci dapur..... pastu berkejar ambik Aimee. walaupun naik basikal letrik tu, kalau mama sorang ok lagi. dengan Aimee yang dah 18 kg, terasa amatlah berat nak naik bukit yang curam. berbunyi2 lutut.

nak bagi Aimee dapat tidur dengan lenanya dimalam hari, terpaksalah bawak dia pergi osampo untuk memenatkan dia. dan juga untuk refresh fikiran mama. ni gambar masa bawa dia gi jalan2 tengok sakura area dekat rumah ni. cantik sangat. sudah ada kelopak yang luruh. Aimee kutip kelopak dan main2. seronok pulak tengok dia main :D

malam, cepat saja dia tidur dan keesokkannya tak payah kejutkan, dia bangun sendiri. excited nak pergi youchien. erai ne....
花吹雪
| urusan harian | 21:05 | comments(5) | - | - |

sibuk!!!!

JUGEMテーマ:日記・一般


baru balik dari hantar Aimee ke kinder. fuuuuuh... yatto hitori no jikan. tapi sekejap lagi pukul 11:30 dah kena pi ambik. letih oooo kena kayuh ge'ghek naik gon. sejak minggu lepas bukan main sibuk. average time tidur tak sampai 4 jam sehari. huh!!! ingatkan semua dah ready sebelum sekolah bermula. bila buka saja sekolah, dapat surat, tengok2 ada lagi benda kena tambah. sebahagian barang2 Aimee yang sepatutnya kalau ikut surat yang sebelum ni, kena bawa ke kinder minggu depan, tiba2 semalam masa pergi first parent meeting, banyak kena bawa hari ni. kelam kabut la siapkan semalam.

Ainin pula bawa pulang satu sampul surat yang penuh dengan paperwork yang mama nak kena belek, telek dan isi. tarikh hantar balik pula berbeza. adussss pening. Aiman pun bawa surat dari sekolah yang berkeping2. hari ni akan bawa balik lagi separuh. bermula esok, Rabu, Ainin dah kena bawa bekal. Aiman start Khamis dan Aimee Isnin depan.

kay nak kena bergerak sekarang. lagi 1 jam saja sebelum pi ambik Aimee. nak makan apa yer lunch nih?? adededede
| urusan harian | 10:13 | comments(5) | - | - |

cerita untuk hari ni

JUGEMテーマ:日記・一般


petang tadi Aiman kata sakit kepala. suh dia tidur, ingatkan tak cukup tidur ker apa sebab pagi tadi dia bangun awal. masa makan malam, dia kata tak lalu nak makan. mama masakkan scallop chowder, favorite dia tu... makan sesudu, dia kata rasa macam nak muntah. sukat suhu badan dah naik 38.5℃. haaa.. sudah... mintak2 bukan influenza la... so malam ni kena quarantine la Aiman sorang kat dalam bilik Aimee. esok baru nak bawa gi klinik.

heater air panas pun dah baik semalam. call pagi Jumaat, pagi Sabtu diorang datang baiki. fuse dah terbakar. pastu, bekas dalam pemanas air tu dah uzur sangat2. kena tukar baru. terbang 3man lebih. huhuhu.

semalam pergi Costco lagi, kali ni tengok tv. pasal tv kat rumah ni dah tenat sangat2. tengah2 dok tengok, tetiba jadi kaler sepia. mula2 budak2 ketuk sekali, baik. lama2 ketuk banyak kali pun tak baik2 jugak.dah tua pun tv tu. buatan tahun 1995. berjasa sungguh. masih dalam pertimbangan nak beli yang mana satu. hubby dok target nak beli flat tv leh gantung kat dinding jer... size tak tau lagik. kalau boleh dapat yang 60inchi kan bagus. baru puas hati melenggak tengok tv. tapi tak kot. hubby ku tu bukannya hantu tv dan tak mudah terpikat dengan gadgets ni semua. tak macam bapak dia. pantang keluar yang baru, terus nak beli. rasanya lagi seminggu la kot tv tu kena ketuk. kesian kat dia..... hahahaha

alang2 dah sampai Costco, beli sushi untuk dinner. pastu romaine lettuce nak buat ceasar salad. satu pack tu ada 6 ketul. sekali buat ceasar salad guna 1 ketul pun dah banyak sangat. untuk dinner tadi pun buat lagi tapi ada lagi 4 ketul. jenuh nak makan. jadi kambing la kami minggu nih. lunch tadi buat goma tantan men. boys punya la suka sebab dah lama tak makan ramen. dinner tadi pulak masak scallop chowder. letak rosemary dan oregano. wangi jer dan sedap sihhhh...

| urusan harian | 00:08 | comments(10) | - | - |

macam2 hal

JUGEMテーマ:日記・一般


bangun2 pagi tadi papa kata air panas tak keluar. aahhh sudahhhhh.... nak masak2, nak basuh pinggan, nak mandi semua susah la... jangan ada yang terkejut dan kata ngengada nak air panas untuk basuh pinggan. kalau guna air paip tu saja, alamat lepas basuh 3 biji pinggan anda akan rasa tangan anda dah hilang entah kemana. sejuk oooo.. nak mandi??!! alamat lepas tu anda kena tidoq kat spital la pulak kot. tapi kerana terpaksa, masak2 la jugak sebab menu boys hari ni yakisoba. basuh pinggan pakai sarung tangan getah. tak tahan jugak, tunggu tengahari sikit baru basuh. penuh la satu sink tu... haiya... papa pun nak shower terpaksa la ke rumah sebelah. sebbaik IL kat sebelah. kalau tidak, musyuk masyam ler samurai tu kat office. kekekeke

call Nais dan diorang akan datang besok. malam ni kena mandi kat rumah IL. budak2 punya la suka sebab ofuro kat sana luas dan besar bathtub nya.

lepas sarapan, mama bawa Aimee pi Mitsuike Koen main2 kat situ sambil tengok sakura dah kembang ke belum. jenis kembang awal ada 2,3 pokok dah kembang. nampak putik2 bunga dah besar. rasanya sakura kembang awal la tahun ni. kat Fukuoka dah kembang pun Somei-Yoshino. banding dengan tahun lepas 11 hari cepat. estimate full blooming on 21. plan nak pi tengok on 28 tu rasanya mungkin dapat tengok daun jer la kot. huhuhu

lepas dah penat main, as usual, pergi beli aiskrim. balik rumah dah dekt pukul 1pm. terus Aimee kerumah IL, main kat sana pula. tinggalkan dia sebentar, mama sambung kerja2 kat rumah.. hmmmm kenapa la kerja2 kat rumah ni tak pernah2 habis. ada saja yang kena buat. MIL call kata Aimee dah tidur kat sana. patut la tunggu tak balik2 :D

sementara tunggu dia bangun mama siapkan bahan2 untuk masak nasi kerabu. terliur yang amat sangat tengok kat rumah Ros. lepas siap, tak sabar2 nak makan sampai takdan nak snap gambar. hihihi

malam, lepas mandi kat rumah nenek, boys nak tidur kat sana. Aimee pun menyibuk konon2 nak tidur kat sana jugak. tapi bila dah pukul 10pm, dia sibuk suruh nenek hantar balik kat mama. hhmmmm nak tidur still nak mama. but actually dia nak tidur ngan papa, tapi sebab papa tak balik lagi, terpaksa lah gaman dengan mama jer... sambil tunggu dia nak tidur, mama melangut tengok uta no oniisan. tetiba jer dia pun bangun menari sama2 Ohno chan. terus bersinar pulak mata dia sampai la papa balik. meghap papa dia pulak tuh.... ish ish ishhhhh
笑顔
| urusan harian | 22:26 | comments(9) | - | - |

wishlist

JUGEMテーマ:日記・一般

buat masa ni kedua benda ni nak sangat2 :D
basikal tu sebab nak start eco-life ler pulak. sekarang ni nak pi mana2 dok pecut kereta merah ku yang comel ituuu... lepas ni tak payah hari2 nak pi hantar cek Aimee pi yochien ngan kereta. naik basikal. tapi bukan sebarang basikal ni. basikal guna letrik. ada assist guna battery. tak la nanti makcik terhegeh2 nak naik "gon" depan rumah tu. lagi pun start bulan 4 nanti, kalau ada apa2 kat sekolah budak2, 3 tempat makcik kena "terbang", yochien Aimee, sekolah Aiman dan sekolah Ainin.... sekolah Ainin la paling teruk, walaupun dekat, jenuh nak kena "ghagaih" bukit. hari tu try naik kat Shimachu, hubby pun dah jatuh cinta. ahahaha... tadi pi tengok lagi sekali, si dia dah bagi green light bagi beli, tapi makcik kena buat "loan" setahun 2 kali bayar selama 3 tahun.... ngan laki pun kena buat loan ooooo...
si Ainin pulak suruh beli cepat2 sebab dia nak ajak mama dia gi cycling.



gambar no 2 tu dah lama nak, tapi oleh kerana priority dia tak tinggi, tunggu dulu. tapi mana tahu kot2 cek abang ku murah hati nak belikan nanti.... :D heeee sengih sampai telinga la makcik nanti. sebab bila check kat website, ada campaign uuuu... kena goda manja2 nih.....ときめき
| urusan harian | 02:26 | comments(7) | - | - |

08
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM