スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

Tanabata

semalam 7 Julai adalah hari Tanabata yang disambut di Jepun. di area Kanagawa, Hiratsuka Tanabata adalah antara yang meriah. yang famous di Jepun adalah Sendai Tanabata Matsuri. memang grand habis dengan hiasan.
nenek Aimee pun buatkan sepokok untuk kami hias dalam rumah dengan pokok buluh kecil. kat kinder Aimee diorang buat hiasan dari buluh dan letak tanzaku@card yang ditulis negaigoto@wish. sayang sekali Aimee tak dapat sambut kat kinder sebab cuti. dia batuk2 yang agak teruk. kadang2 sampai muntah2. hari ni baru boleh pergi, itupun mungkin sekejap lagi sensei dia call suruh pi ambik.

hari ni pulak full moon. Alhamdulillah cuaca cerah. kat langit nampak bintang2 dan bulan yang amat cantik. Subhanallah. sempat makcik ambik gambar kat bawah nih. dari laman rumah memang nampak kapal terbang nak landing and takeoff kat Haneda Airport. hari ni bulan tu agak rendah dan elok2 dengan ketinggian kapal terbang takeoff. masa rush hour memang boleh tengok setiap 5 minit or maybe less. berderet2 kapal terbang beratur kat langit tu. tak boleh bayangkan kalau one of them has problem masa landing. sure huru hara kat Haneda tu yang memang terkenal dengan the busiest airport in Asia. harap2 dalam masa terdekat ada flight dari Haneda ke Malaysia. senang sikit. cuma 40 minit dari rumah naik kereta berbanding 2 jam ke Narita.

moon and airplane
| event | 11:19 | comments(7) | - | - |

Aimee 4th Birthday

Happy 4th Birthday Aimee

 
hari ni cukup umur Aimee 4 tahun. Alhamdulillah syukur sangat2 anak2 membesar dengan seadanya. dah banyak benda dia boleh buat sendiri. paling ketara, masuk toilet. dah pandai guna washlet. hihihi masa mula2 try, terkejut dia. lepas tu "ketagih". la ni kalau pergi mana2 sure tanya kenapa toilet tu takder washlet....

now, Aimee sudah pandai tulis nama dia dalam hiragana. every lukisan mesti dia sign nama dia. nombor pun dah tulis sampai no 12. kenapa 12? wallahuaklam. kena tanya tuan badan :D

Happy Birthday my dear. mama and papa love you so much.

omake
| event | 22:20 | comments(8) | - | - |

aimee's open kinder

JUGEMテーマ:日記・一般


hari ni ada sankanbi/open school kat kinder Aimee buat ulung kalinya. excited mama. maklum la dah lama tak pergi tengok open school kat kinder sejak Aiman tamat 5 tahun lepas. macam2 acara ada untuk hari ni. kinder dah start open class sejak hari rabu lepas dimana nenshou(kelas paling muda) , nencyuu(kelas tengah) dan nenchou(kelas atas) dibahagikan ke beberapa kumpulan mengikut aktiviti. hari ni Aimee masuk kelas main igo ataupun go. mula2 nampak boring, yer la... budak kecik2 mana nak paham kan... tapi lepas tu bila sensei diorang terangkan macammana nak main, nampak enjoy pulak budak2.

igo first trial

ni pulak graf pembesaran budak2 dalam kelas Aimee.
she was the tallest and the heaviest among girls in her class!!!
DSC_0257_4

DSC_0258

ni cara baru nak pakai penutup ziploc tupper. hehehe
new idea

| event | 22:44 | comments(2) | - | - |

13

makcik sibuk sampai tak sempat nak balas2 mail dan juga tulis entri kat sini. anyway, sebelum terlupa, lebih baik lambat dari takder langsung kan... Happy Anniversary to two of us. pejam celik dah 13 tahun kawin. tak der any celebration pun. cuma ada violin mini concert join venture bersama another group. seronok sungguh. IMG_3263 another 1 day to go before the kids back to school. 9 hari hubby kat rumah bercuti, tapi rasa macam cepat sangat. lusa dah kena kerja balik. semalam sempat la pergi ke Yokohama Flower Art Festival kat Yokohama Koen. pergi pun dah lambat. sampai kat sana dah pukul 4pm. tunggu 30 minit lepas tu boleh jalan2 kat atas lukisan yang dibuat dari bunga2. bukan main seronok budak2 dan orang tua main2 kat situ. pukul 5:30 dah balik rumah. letih!! letih tengok orang ramai sangat. ahaks DSC_0237 DSC_0279
| event | 15:20 | comments(7) | - | - |

Hina Matsuri

JUGEMテーマ:日記・一般


kali ni kali ke 3 Aimee menyambut Hina Matsuri ataupun dikenali sebagai Girls' Day yang jatuh pada hari ketiga dibulan ketiga setiap tahun di Jepun. tahun2 sebelum ini, nenek Aimee yang masak chirashi sushi dan juga hamaguri no osuimono. tahun ni disebabkan mama tak sihat di hujung minggu, tak buat la sambutan apa2. hari ni (semalam la, haribulan dah bertukar...) mama paksa jugak diri pergi beli barang nak masak chirashi sushi dan angkatannya walaupun belum 100% sihat. demi anak2. menu hari ni adalah chirashi sushi, hamaguri no osuimono dan tori-kara-age negi sauce.
lepas semua dah siap, budak2 dah lapar sangat2 selepas balik dari kumon, dah tak sabar2 nak makan, terus hidang. tak sempat nak ambik gambar. dan juga memang dah tak ada mood ambik gambar sebab kaki dah terketar2 tak leh berdiri lama2. huhuhu. so sebagai ganti, kita letak gambar hina doll jer la yang diambil 3 minggu lepas...

Hina Matsuri

Hina Matsuri

| event | 02:16 | comments(0) | - | - |

10
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM