スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

kuih dangai

JUGEMテーマ:グルメ


nampak resipi kuih dangai kat Myresipi.com
dah lamaaaaaaaaaaa tak makan. teringat dok beli kat pasar malam Pengkalan Bujang. hahahahaha very local punya cerita. makcik suka yang rangup kat luar, lembut dan chewy kat dalam. makan panas2 best.

kuih dangai

resipi asal suruh bakar dalam oven. makcik pandai2 pi bakar guna waffle maker. sebabnya MALAS nak panaskan oven dan juga loyang. kalau waffle maker, cuma cuci tempat pembakarnya saja kan.... save air :-P lagipun elok la guna dari dibiarkan waffle maker tu tidur senyap dalam pantry. hehehe

kuih dangai 2
aik?? makcik buat dapat 6 biji.... mana lagi sebiji? baru nak posing, dah kena curik?? ada hantu makan rupanya dalam rumah makcik nih.... :D
| makanan | 12:47 | comments(5) | - | - |

mulberry 桑の実

JUGEMテーマ:グルメ


dah lama tak letak gambar food. asyik M jer.... :-P
yogurt mousse with mulberry sauce

sekarang kat rumah ni musim buah mulberry. berketul2 kat luar tu sampai melentuk2 dahan. orang Kedah kata me'ghenduh. tu pun tak banyak macam tahun lepas. sebab dahan dah kena potong banyak. entah kenapa tahun ni banyak pulak buah yang kena ulat. jadi busuk macam berkulat tu...
mulberry

ripe mulberry
semalam petik sikit, dalam 600g, buat jem. tengok kaler bukan main lawa. macam buah blackberry. tapi rasa dia lain sikit. ada masam manis jugak. cara buat tu macam buat jem strawberry la jugak. tak susah pun....

nak buat cheese cake, makcik tengah diet. jadi untuk melepaskan kempunan makcik guna yogurt. haaaaa... kalori dia kurang la sikit. plain yogurt tu tapis buang air dia semalaman dalam peti sejuk. esoknya tu campur la dengan madu, lemon juice dan halal gelatin. pastu sejukkan sebelum dimakan. masa nak makan tu curah la sikit mulberry jem.
jem makcik ni baru separuh jalan, tu yang cair sikit. lagi pun makcik tak suka jem yang pekat2 suka yang cair2 macam sauce. tapi oleh kerana lepas ni nak buat muffin ngan scone, kena la bagi pekat lagi. kalau tidak berair la muffin tu. si Aimee, pagi2 tadi siap pesan, "mama jangan buat lagi. tunggu Aimee balik sebab Aimee nak buat sama2 dengan mama". semangat dia nak tolong mama dia kan...

omake
Aimee jumpa spek abang dia yang lama. terus ambik pakai dan suruh mama ambik gambar dia....
Aimee
| makanan | 12:16 | comments(10) | - | - |

bekal

JUGEMテーマ:日記・一般


start minggu lepas, AInin dah kena bawa bekal pergi sekolah. Aimee pula start bawa hari Isnin, tapi selasa dan rabu terpaksa bercuti kerana demam dengan batuk dan hingus serta bunyi seperti kena asma kat dada. risau tengok. suruh minum ubat, melalak tak mahu2. tapi time sihat melompat sana sini tak reti dok diam. ni pun tengah dok menangis bagitau kat papa kata mama marahkan dia tak nak minum ubat. dok report kata "mama kata kalau tak minum ubat, nanti mama bawa pergi cucuk" hahahahaha nak tergelak pulak dengar.


for Friday
his lunch box

for Monday
monday April 13

for Wednesday
wednesday April 15


hari Selasa tak sempat nak ambik gambar, kelam kabut sebab si Aimee tak sihat. Aimee punya bekal masih dalam kuantiti yang sedikit, tak sampai separuh bekas sebab takut dia tak termakan kalau banyak sangat. kat kinder, sensei suruh diorang makan semuanya, tak boleh tinggalkan walaupun sedikit. kiranya masih dalam proses training untuk sesuaikan diri di kinder.

esok rasanya Aimee dah boleh ke kinder. boleh la mama rehat sikit. penat yang amat.
| makanan | 22:16 | comments(6) | - | - |

oil sardine pasta

JUGEMテーマ:グルメ

oil sardine pasta

semalam sebagai "oiwai" graduation Ainin, mama as requested by Ainin.
menu
-oil sardine with petit tomato, new onion and pine nuts pasta
-caesar salad
-carrot soup
-croquette

resipi untuk oil sardine pasta
bahan
spaghetti secukupnya
4 ekor oil sardin (lap minyak dan leraikan isi)
1 biji new onion新タマネギ (potong dadu) kalau takder guna bawang besar biasa
50gm pine nuts (roast)
15 biji petit tomato
1 ulas bawang putih (cincang)
1 biji cili kering (buang biji dan potong bulat2)
3 sudu besar olive oil, garam secukup rasa

cara
1. panaskan air dan rebus spaghetti.
2. sementara menunggu spaghetti ready, panaskan kuali bersama olive oil, bawang putih dan cili kering. bila naik bau, masukkan new onion. goreng sampai agak2 jernih. tambah petit tomato dan oil sardine. kacau rata.
3. bila kulit tomato dah pecah, tutup api dan tabur pine nuts.
4. tos dan gaul spaghetti bersama sos tadi. hidang panas2.
5. kalau suka boleh la tabur italian parsley diatas sebelum dimakan.
| makanan | 13:42 | comments(2) | - | - |

homemade oil sardine

JUGEMテーマ:グルメ


oil sardine

semalam pi supa, ada ikan tamban, murah pulak tu. beli 6 ekor. balik ingat nak buat fried fish, tapi boys minta nak makan baked pasta, terpaksa la kensel. dok pikir2 nak buat apa, sambil godek2 tengok my fav. blog. ada sorang japanese blogger di Italy buat oil sardine ni.

garamkan ikan yang telah dibuang tulang, masukkan semua bahan (ikan, herb, bawang putih dan olive oil) renihkan pada api yang kecil selama 10 minit. tutup api. kalau suka masin, letak lah garam banyak2. since kat rumah ni ada anak2 kecil, saya letak sikit saja, secukup rasa. olive oil tu boleh ganti dengan minyak masak biasa, letak agak2 ikan separuh tenggelam. renihkan atas api kecil supaya minyak tak menggelegak. kalau menggelegak, ikan mudah hancur.
malam nanti nak guna oil sardine ni untuk resipi seterusnya.

gambar atas oil sardine yang belum di rebus.
| makanan | 14:51 | comments(6) | - | - |

10
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM