スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

Waduh

Terasa dah malas nak mengadap PC. Duduk tak sampai 5 minit dah keras sana sini. Lepas tu asyik nak ke toilet. Dah turun ke budak nih?
Sabtu, pergi check, doktor kata pintu rahim dah terbuka 1cm. Hari tu masih 36w6d. Tak boleh lahir lagi. So, kena makan ubat untuk bertahan. masuk je 37w, anytime boleh lahir. Sejak hari Ahad terasa sakit datang, tapi tak la kuat. Masanya pulak tak menentu. Sakit olok-olok kot.
Hubby pulak kata jangan bersalin minggu depan hari Isnin dan Selasa sebab ada training kena bermalam. Ada ka patut dia boleh kata gitu?
Tiap hari mak mertua ikut pergi hantar dan ambik bebudak la, shopping la. Dia dah susah hati, takut kita sakit sorang-sorang. Sehari tu kalau tak nampak kelibat kita sejam sekali, dah sibuk call guna intercome. Kita dah la malas(tak larat) nak bangun gi angkat. Fuh pening.
Atok pulak esok akan balik dari Niigata. Semua orang dah gabra. Kita pulak still relax je. Tiap hari memasak, mencuci, kemaskan bilik baby, vacum dan macam-macam benda nak kena dibuat sebelum masuk wad.
Lepas keluar wad kena duduk diam-diam at least 2 minggu. Ikut adat Jepun selepas melahirkan bayi lelaki, hari ke 20, start buat kerja . Anak perempuan pulak selepas 21 hari. Jepun panggil "toko age" maknanya angkat futon(tilam) dan simpan. Jangan biarkan kat lantai lama-lama.

Ringo chan data
Umur: 37w2d
Berat: 2800gm
Berat mama: +8.6kg (over sikit)
| pregnancy | 01:31 | comments(4) | trackbacks(0) | - |

Another 6 weeks to go!!

Pejam celik pejam celik dah 32 minggu.
Semalam pergi clinic. Drop kad pukul 7 pagi!! Tu pun dapat no. 10. Sejak pukul berapa diorang beratur untuk drop kad tu agaknya? Lepas hantar kids dan hubby terus ke clinic pukul 8:30. Punyala ramainya orang. Lebih ramai dari biasa. Kenapa ye??
Lepas ambik darah (tiap kali pergi kena cucuk.) selalunya kena monitor dulu. Tapi hari ni jumpa doktor awal sikit.
Bila cakap ngan doktor ada kejang sejak malam sebelumnya lagi, kena special monitor lak. Naik tinggkat atas, bilik standby sebelum masuk bilik bersalin. Ada 4 orang semua kat bilik tu. Orang kat sebelah tengah mengerang, dengar nurse kata dah masuk 10 minit sekali sakitnya datang. Yang sebelah sana, pulak kena "kanchou". Lagi sorang, due date dah lepas tapi tak ada kelibat nak bersalin hari ni. Dia mintak doktor bagi ubat datangkan sakit, sebab suami dia dah tak boleh ambik cuti. Walau macammana pun dia kena bersalin hari ni jugak.
Berbalik pada monitor tu, memang lama betul. 2 jam. Sampai tertidur. Tengok graf, ada kekejangan setiap 15 minit. Doktor kata tak boleh lahir cepat sangat, nanti baby kena masuk NICU. Doktor beri ubat yang kuat sikit, tunggu 1 jam nak tengok ubat tu ada side effect ke tak. Lepas tu ambik graf lagi 1 jam. Jemu tunggu lelama nih.
Dalam masa 4 jam tunggu tu, orang yang ke 3 tadi dah datang sakitnya, dia dibawa pindah ke bilik bersalin sebab kena cucuk air ketuban. Agaknya petang tu mesti dah bersalin.
Lepas monitor tu, waktu nak turun kebawah, ternampak seorang ibu muda yang pernah sekali jumpa sebelum nih. Dah bersalin rupanya. Masa jumpa 2 minggu lepas perutnya kecik je. macam pregnant 6,7 bulan je. Baru lepas bersalin tapi perutnya dah kempis. Kurus melidi. Patutla kecik saja.
Kita pulak, nurse tergelak masa nak ukur pinggang. Over 1 meter!!! Ooki ne. Huh nak buat macam mana. Dah dia nak besar. Berat badan tak naik banyak pun.

Ringo-chan data
Umur: 32w2d
Berat: 2250gm
Berat mama: +7.6kg
| pregnancy | 21:58 | comments(5) | trackbacks(0) | - |

Songsang

Bulan lepas, masa scan kepala dia kat bawah. Hari ni scanning kat bawah, aik nampak buntut. La.... kepala dia kat atas. Songsang la tu. Alahai mek, bila masa hang pusing nih. Agaknya 2 hari lepas kot. Patut la hari tu mama terasa kejang je perut seharian. Pundi kencing pulak ditendang-tendang sampai rasa ngilu. Doktor kata tengok 2 minggu lagi. Kalau tak pusing balik baru kena buat yoga. Bila doktor dengar kata perut kejang seharian, dia marah kenapa tak datang klinik. Katanya bahaya sebab bila perut kejang bermakna rahim tengah mengecut. Silap hari bulan baby keluar sebelum cukup hari. Mana la aku tau. Dah 2 kali aku beranak, tak pernah ada experience macam kali ni pun. Lagipun perut terasa kejang saja, bukannya sakit. Doktor bagi ubat untuk mengurangkan kekejangan dan zat besi sebab ada hinketsu(anemia). Angan-angan nak pergi maternity swimming. Doktor kata tak boleh. Kerja keras pun tak boleh. Kena tunggu sampai stable. Makin gemuk la mama kamu Ringo chan, tak leh senaman.

Ringo-chan data
Umur: 26w3d
Berat: 900gm
Berat mama: +4.5kg
| pregnancy | 21:46 | comments(4) | trackbacks(0) | - |

06
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM