スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | | - | - | - |

strawberry and Aimee

JUGEMテーマ:写真


nampak gaya, Aimee lebih popular dari mama dia kat dalam blog ini :-P
terimakasih kepada komen semua pengunjung blog ini. seronok pula bila anda terhibur dengan gelagat Aimee.

another shots of Aimee with her favorite strawberry :D
strawberry tu amat lah besar. namanya "a-ma-u-o" grade "grande" dimana satu pack cuma ada 6 biji, 2 pack satu kotak berharga RM60. bermakna sebiji berharga RM5. kalau beli sendiri memang tak beli kot. hahahaha. orang bagi. Alhamdulillah rezeki kan ;-)

hiburkan lah diri anda, dan senyum2 selalu ;-)
Aimee and grande size strawberries

after a bite
tengok Aimee after a bite. meleleh2 air buah tu menunjukkan betapa juicy nya buah. habis satu pack dia sorang.


| kids | 16:53 | comments(11) | - | - |

a yummy moment

JUGEMテーマ:写真


boring kan asyik gambar burung jer....
kita tukar selera sat.
gambar ni diambil semasa mama dengan Aimee pergi jalan2 kat taman Mistuike, dekat jer ngan rumah, tapi naik kereta la... taman tu luas yang amat. dewasa pun letih jugak la kalau jalan keliling taman tu sebab ada 3 pond yang besar ditengah2 taman. tempat ni amat popular dengan sakura dia dimusim bunga. taman ini terpilih diantara 100 taman yang famous dengan sakura di Jepun. sekian mame-chishiki ;-)
至福の時
sesapa nak model icecream boleh ler contact :D



psss: semalam my hubby kata, "cuma orang yang trilingual saja yang boleh baca kesemua isi blog mama. dan orang itu amat bertuah". hmmm dia cakap maybe sebab dia tak dapat memahami kesemua apa yang tertulis kat sini dan juga komen2 dari kawan2. poor my darling husband :-P tu la... orang suruh belajar BM tak nak. padan muka!!! (psssst, word "padan muka" dia paham)
| kids | 16:20 | comments(11) | - | - |

Happy 12th Birthday to Ainin

JUGEMテーマ:日記・一般


Ainin 12th birthday
omedetou!!!
dah besar anak mama sorang nih. teringat masa nak bersalinkan dia. hari Jumaat, sehari sebelum due date dah rasa sakit2. terus call papa yang masa itu sedang bekerja di Iidabashi, Tokyo. kelam kabut papa balik ke Mishima, Shizuoka ken menaiki shinkansen. lepas tu berlakulah upacara tarik menarik selama 44jam!!! hari ahad pukul 15:15 petang baru la keluar baby seberat 3725gm semasa papa, obaachan, ojiichan ada kat dalam labor room itu. papa yang lebih2 menangis2. rasa legaaaaaa sangat2 bila tengok baby.

lagi 3 bulan sahaja tinggal untuk tamat alam sekolah rendah. start bulan 4 nanti dah nak masuk sekolah menengah rendah. Alhamdulillah, tadi sudah menerima surat dari sekolah. sebenarnya sekolah yang ditetapkan oleh pihak city hall agak jauh dari rumah. memikirkan bila dia dah mula sekolah, segala kelab dan aktiviti pada awal pagi dan kadang2 berlangsung sampai malam, amatlah merbahaya untuk jalan kaki pergi dan balik. jadi kami buat keputusan untuk pindah ke sekolah diluar kawasan, tapi jaraknya lebih dekat. tadi mama ke sekolah tersebut, berjumpa pengetua dan mendapatkan segala surat yang diperlukan. esok baru boleh ke city hall buat pendaftaran pemindahan tersebut.

| kids | 21:06 | comments(6) | - | - |

geram aku

JUGEMテーマ:日記・一般

rasa geram yang amat pagi tadi.
Aiman tak nak pergi sekolah. sebabnya.... dia kena buli kat sekolah.
mentang2 anak aku tu slow. yelah mmg dia masuk group OKU walaupun pada zahirnya dia nampak OK. geram aku dengan budak2 jepun yang tak reti bahasa.

so, pagi tadi, aku biarkan dia rehat kat rumah, melingkar atas katil sambil baca buku. tengahari aku gi hantar ke sekolah. dapat jugak luahkan rasa shimpai kat sensei. FIL aku pun ikut serta, sebab dia pun rasa cuak dengan apa yang terjadi. yer la... cucu dia. mesti la dia susah hati bila dengar tak nak gi sekolah sebab kena buli.

petang dapat call dari sensei, suh datang sekolah. bila aku sampai, sensei cerita hal sebenar. mmg ada kejadian tarik rambut, pukul2 hari rabu tu. 3 orang buli aiman sorang. mana aci kan.... so, sensei dah janji akan selidik lagi. haaaa selidik jgn tak selidik. dah 2 minggu anak aku mengadu dia kena buli!!! depa pandai!!! depa buli masa sensei tak ada ataupun tak nampak. si Aiman pulak tak pandai nak mengadu.

sakit pala aku pikir. sebenarnya amatlah susah menjaga seorang anak yang ada pervasive developmental disorders - PDD ini. nak jaga anak yang normal pun susah, apatah lagi yang ini. hmmmm... I have to fight!!!! gambare jibun!!
| kids | 19:43 | comments(13) | - | - |

lukisan Aimee @ 3 tahun 4 bulan

JUGEMテーマ:日記・一般

From Foods

Ni lukisan AImee hari ni. Doraemon. dia sangat suka melukis. kertas kat dalam printer semua habis diambilnya melukis. macam2 dia lukis. kadang2 nampak macam dia tulis ayat ataupun nombor. beberapa hari lepas dia lukis gambar papa, kemudian bawa kat mama suruh tulis 「あいみより」@"from Aimee". lepas mama tulis nama dia, diminta pulak tulis 「パパへ」@"to Papa"
ala ala... tulis "love letter" pulak. papa balik tu terus ditunjuknya masa papa kat pintu masuk lagi. punya la excited. papa bukan main happy lagi. 良かったねるんるん
| kids | 21:11 | comments(8) | - | - |

10
--
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
--
>>
<<
--
Profile
PR
New entries
Archives
Categories
Recent comment
Recommend
PicasaAlbum
いろいろ ー 花、葉っぱ、アイミ etc....
Feedjit
Mobile
qrcode
Links
Others
無料ブログ作成サービス JUGEM